Mayat pelajar ditemui terapung di dalam sungai – Bernama


Mayat pelajar ditemui terapung di dalam sungai

15 September 2012

KUANTAN – Mayat seorang pelajar yang terjatuh ke dalam sungai Pahang dekat Jerantut petang semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Nor Izwan Mohd Noor, 15, ditemui di lokasi dia dilaporkan terjatuh, pada jam 10.43 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat yang disertai pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam, bomba dan penduduk kampung menemui mayat mangsa yang timbul di permukaan sungai,” katanya kepada Bernama.

Punca pelajar berkenaan terjatuh secara tiba-tiba masih disiasat, katanya. – Bernama

Pelajar yang hilang ditemui mati lemas – Bernama


Pelajar yang hilang ditemui mati lemas

KUANTAN 15 Sept. – Mayat seorang pelajar yang terjatuh ke dalam sungai Pahang dekat Jerantut petang semalam, ditemui pagi ini.

Mayat Nor Izwan Mohd Noor, 15, ditemui di lokasi dia dilaporkan terjatuh, pada jam 10.43 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritenda Azid Ismail, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat disertai pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam, bomba dan penduduk kampung menemui mayat mangsa yang timbul di permukaan sungai,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Tiga kanak-kanak Orang Asli dikhuatiri dijangkiti virus air kencing tikus – Bernama


Tiga kanak-kanak Orang Asli dikhuatiri dijangkiti virus air kencing tikus

2011/12/30

JERANTUT: Tiga kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Sungai Lintah di sini, dimasukkan ke Hospital Jerantut semalam selepas dikhuatiri dijangkiti virus air kencing tikus atau leptospirosis.

Menurut sumber hospital tersebut, kanak-kanak Orang Asli berkenaan, Arini Mary a/p Yusof, 4, Muliana a/p Yusof, 5, dan sepupu mereka, Jun a/p Man, 11, kini ditempatkan di bilik berasingan di wad kanak-kanak hospital itu.

“Ketiga-tiga mereka didapati mengalami komplikasi demam kuning, sakit kepala dan lesu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut sumber berkenaan, pihak hospital mengambil sampel darah mereka dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu ini.

“Kanak-kanak ini sudah ditempatkan di bilik berasingan untuk memudahkan pegawai perubatan memantau rawatan dan perkembangan kesihatannya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, jika keadaan ketiga-tiga kanak-kanak itu semakin teruk, mereka akan dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, ibu kepada Arini Mary dan Muliana, Musliza a/p Batin Bakar, 30, ketika ditemui di sini, berkata anaknya dan sepupu mereka sebelum itu dipercayai minum dan makan di satu majlis kenduri di kampung Orang Asli Sungai Petai, dekat sini baru-baru ini.
Musliza berkata, selepas pulang dari kenduri itu, anaknya dan sepupunya itu mengalami demam dan tidak berselera makan.

“Melihat keadaan mereka semakin teruk, mereka kemudiannya di bawa ke hospital dan kini ditahan di wad,” katanya. – BERNAMA