KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2013 PADA 23 – 27 SEPTEMBER 2013
18 September 2013
Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum akan menganjurkan Konvensyen Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Kebangsaan 2013 pada 23 – 27 September 2013. Butiran berkaitan konvensyen tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 – 27 September 2013
Tempat : Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
Tema : Memacu Pendidikan Prasekolah Melalui Amalan Terbaik.
Tujuan konvensyen : Meningkatkan kualiti guru prasekolah melalui pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid, kreatif, inovatif dan berkesan.
Perasmian pembukaan oleh: YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 September 2013 jam 8.00 malam.