Selamat Menyambut Hari Malaysia – 16 September
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2013. Semoga negara kita aman, maju dan makmur.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam Kemerdekaan,
Editor
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2013. Semoga negara kita aman, maju dan makmur.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam Kemerdekaan,
Editor
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada warga kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), warga kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), warga kerja NUTP, warga pendidik di seluruh Malaysia, murid-murid di seluruh Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara dan pengunjung yang sering melawat dan mendapatkan maklumat di dalam HB ini.
HB doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.
“Biar lambat asal selamat” dan “Sayangilah insan tersayang”.
Salam Aidilfitri dari HB.
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013
Saya ucapkan juga Selamat Tahun Baru Cina 2013 kepada semua pengunjung laman web ini yang meraikannya dan marilah kita kekalkan perpaduan dan kesejahteraan negara Malaysia kita ini..
Sama-samalah kita memandu di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat.
“GONG XI FA CHAI..”
Idderes Mh,
Editor EyesNews
Assalamualaikum wrb. wbt.
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434H kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Marilah kita berazam dan berhijrah untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya’Allah.
Editor
Sempena Aidilfitri, Himpunan Berita (HB) ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa kepada semua pengunjung di HB ini..
Sama-samalah kita memandu di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat.
“Selamat Hari Raya Aidiladha”
Editor
Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini. Semoga negara kita aman, maju dan makmur.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam Kemerdekaan,
Editor
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H
Himpunan Berita mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433H khususnya kepada warga pendidik yang beragama Islam dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga puasa pada tahun ini membawa lebih keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt untuk beramal di Malam Lailatul Qadar.
Editor
KUALA LUMPUR: “Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.
Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.
“Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya.
Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.
“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.