Ibu bapa perlu awasi risiko laman sosial terhadap kanak-kanak
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Ibu bapa disaran mengawasi penggunaan internet termasuk laman media sosial dalam kalangan kanak-kanak bagi menggelakkan golongan itu berdepan dengan pelbagai risiko termasuk gejala sosial.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi (gambar) berkata, berdasarkan maklum balas diterima SKMM dalam tinjauan awam baru-baru ini, sebanyak 65.5 peratus daripada responden berpendapat laman media sosial banyak memberikan risiko negatif terhadap kanak-kanak.
Malah jelasnya, tinjauan itu juga mendapati sebanyak 92.5 peratus bersetuju golongan ibu bapa seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengawasi anak-anak dalam penggunaan Internet dan laman media sosial berbanding guru, penyedia perkhidmatan internet (ISP) serta kerajaan.
…
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_14/Ibu-bapa-perlu-awasi-risiko-laman-sosial-terhadap-kanak-kanak#ixzz2I7hCSsqq
© Utusan Melayu (M) Bhd