Ibu bapa, guru berhimpun bantah promosi seks songsang – Berita Harian


Ibu bapa, guru berhimpun bantah promosi seks songsang

2011/11/24

 IBU bapa dan guru  mengadakan bantahan terhadap golongan   mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka di Kampung Melayu Ampang, semalam.

IBU bapa dan guru mengadakan bantahan terhadap golongan mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka di Kampung Melayu Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ibu bapa, guru dan pelajar daripada empat sekolah sekitar ibu negara berhimpun di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, di sini semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap golongan yang mahu mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka.

Perhimpunan itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), bagi membantah amalan seks songsang berkenaan secara berterusan dengan mengedarkan risalah, sebelum meluaskannya ke seluruh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, perhimpunan yang mendapat sokongan oleh Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) dan NGO lain itu mensasarkan untuk mengumpulkan 100,000 rakyat negara ini bagi menyokong perjuangan itu.

“Gerakan secara berterusan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa, penduduk dan masyarakat terdapat gerak kerja khusus untuk menolak dan membantah pihak yang mahu mempromosikan gaya hidup songsang itu secara rasmi dan terancang, sekali gus mampu mempengaruhi anak-anak.

“JMM banyak menerima maklum balas daripada ibu-bapa yang mendakwa cadangan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, boleh merosakkan masa depan anak bangsa, ” katanya di sini semalam.

Katanya, JMM mendapat sokongan PIBG dan pelajar SK Ampang, Sekolah Menengah (SM) Teknik Titiwangsa, SK KOSAS dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ong Pong selain pembabitan NGO Tiong Hua dan Hindu Ampang.

Katanya, gerakan kedua pula, JMM akan berkumpul di salah sebuah sekolah di Putrajaya pada Sabtu ini dengan sasaran pembabitan daripada pelajar.

Ibu bapa mahu penjelasan berhubung masalah KWAMP – New Sabah Times


Ibu bapa mahu penjelasan berhubung masalah KWAMP

10th August, 2011

  • BAPA kepada seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Kota Marudu telah menghubungi ActionLine baru-baru ini berkaitan isu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) yang berlaku di tempat anaknya bersekolah.

“Ketika program itu dilaksanakan pada tahun lepas, saya dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ibu bapanya terdaftar di bawah program e-kasih adalah layak untuk menerima RM700setahun dari kumpulan wang amanah ini,” kata pengadu.

“Oleh itu, anak saya merupakan salah seorang daripada penerima bantuan kerana saya sendiri berdaftar di bawah program yang disebutkan tadi dan saya juga amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dengan keprihatinan mereka,” jelasnya kepada ActionLine.

“Bagaimana pun, ketika wang bantuan berkenaan diagihkan pada tahun lepas, anak saya serta penerima yang lain hanya mendapatRM250 seorang. Para ibu bapa juga berasa terkejut kerana setiap penerima bantuan yang sama di sekolah lain menerima RM700 dariKWAMP,” tambahnya.

“Perkara itu merupakan isu yang pertama dan kebanyakan ibu bapa hanya berdiam diri kerana tiada siapa yang bertindak untuk membuat aduan atau memanjangkan isu ini. Tetapi, pada tahun ini, ibu bapa penerima bantuan berkenaan sekali lagi rasa terkilan kerana masih belum ada sebarang bantuan yang disampaikan kepada pelajar.”

“Disebabkan itu, kami telah membawa isu ini ke bahagian pentadbiran sekolah dan kami diminta supaya merujuk masalah ini kepada Jabatan Pelajaran memandangkan pihak sekolah bergantung kepada jabatan berkenaan berhubung waktu wang itu akan dapat diagihkan.”

“Kami pun membawa masalah ini kepada jabatan berkenaan sebelum dimaklumkan yang mereka masih menunggu peruntukan dari pihak kerajaan” kata pengadu lagi.

Pengadu seterusnya menyatakan yang dia berasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena kerana menurutnya sekolah yang iaitu sekolah yang terletak jauh di pedalaman sudah pun menerima bantuan itu pada awal tahun ini.

“Rakan saya yang merupakan seorang guru sekolah rendah turut mengesahkan perkara ini di mana pelajar di sekolah tempatnya mengajar sudah pun menerima bantuan ini,” jelasnya kepada ActionLine.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa di sini tetapi saya rasa seseorang perlu bertanggungjawab dengan memberikan penjelasan kepada kami iaitu para ibu bapa mengenai permasalahan ini.”

“Penjelasan itu perlu kerana ia akan mengelakkan dari berlakunya salah faham di antara pihak ibu bapa dan bahagian pentadbiran sekolah. Dan kami juga memerlukan campur tangan Jabatan Pelajaran dalam menyelesaikan kekeliruan ini.”

  • Sementara itu, jurucakap di Pejabat Pelajaran Kota Marudu berjanji akan memberikan maklum balas kepada ActionLine setelah masalah itu disiasat.

“Siasatan perlu dilakukan dengan teliti sebelum sebarang tindakan dapat diambil,” ujarnya.