Imam ditahan kes dadah, cabul tiga remaja lelaki – Utusan


Imam ditahan kes dadah, cabul tiga remaja lelaki

MUAR 26 Sept. – Seorang imam berusia 32 tahun dari Parit Jawa di sini ditahan polis kerana positif dadah dan mencabul tiga remaja lelaki yang merupakan anak murid kelas mengaji al-Quran Isnin lalu.

Perbuatan terkutuk imam berkenaan yang juga seorang duda ke atas tiga mangsa berusia antara 14 hingga 18 tahun itu terbongkar apabila dia membuat laporan polis mengatakan rumahnya dipecah masuk.

Menurut sumber, semasa penyiasatan kes pecah rumahnya dilakukan, tiga mangsa itu yang tinggal berdekatan mengambil kesempatan tersebut dengan menceritakan kepada polis mengenai perbuatan imam berkenaan.

“Imam terbabit dikatakan melakukan perbuatan tidak bermoral itu sejurus selesai kelas mengaji dengan mengatakan mahu membuat urutan kesihatan tetapi sebenarnya mengurut bahagian sulit mangsa.