KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KONVOKESYEN KALI KE-4, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

28 April 2014

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 akan diadakan pada 9 hingga 14 Jun 2014 bagi menganugerahkan Ijazah Perguruan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Turut dianugerahkan ialah Ijazah Perguruan bagi Program Pengajian Berkembar Luar Negara iaitu B. Ed. (Hons) Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL).

Majlis Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 buat julung kalinya akan diadakan di Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua graduan. Sila lawat Portal Konvokesyen IPGM Tahun 2014 untuk maklumat lanjut dan urusan graduasi.

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013.
Muat naik pada 6 Februari 2013

PEMAKLUMAN PEMBATALAN JADUAL TEMU DUGA KEPADA LEPASAN PROGRAM PERGURUAN SECARA KURSUS DALAM CUTI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) TAMAT PENGAJIAN MEI DAN JUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN PEMBATALAN JADUAL TEMU DUGA KEPADA LEPASAN PROGRAM PERGURUAN SECARA KURSUS DALAM CUTI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) TAMAT PENGAJIAN MEI DAN JUN 2012

Dimaklumkan pihak Suruhanjaya telah bersetuju untuk membatalkan tarikh temu duga yang dijadualkan pada 11, 12 dan 13 Julai 2012, disebabkan bertembung dengan tarikh konvokesyen calon di IPGM. Tarikh temu duga calon terlibat akan disusun semula dan akan dipaparkan di portal Suruhanjaya kelak.