TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA (CBSG TB) DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA/UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013
20 February 2013
20 February 2013
Tarikh Tutup | 31 Disember 2012 |
Kategori | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG 2-1, DG 2-2, DG 2-3 dan DG 2-5 |
Tempat Pengajian | Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pegawai perlu memohon sendiri tempat pengajian di IPTA. |
Tahun Pengajian | Sesi Kemasukan dan Pengajian Tahun 2012 sahaja |
Maklumat Tawaran |
|
Penajaan | Pembiayaan Sendiri |
Dokumen Permohonan | Borang Yang Perlu Diisi:
Dokumen yang perlu disertakan:
Calon perlu mengemukakan Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen ke alamat berikut:
SETIAUSAHA BAHAGIAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA |
Pegawai Bertanggungjawab | Irlyrizzal Shah bin Yahya / Noorul Azira binti Ab Razak
E-mel : irlyrizzal.yahya@moe.gov.my / azira.ab@moe.gov.my |
2012/01/11
SERDANG: CUEPACS menggesa semua ketua jabatan yang sebelum ini mendesak kakitangan menandatangani borang penerimaan tawaran Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), diberikan borang baru untuk ditandatangani semula.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ia membabitkan kakitangan awam yang menandatangani skim berkenaan sebelum 30 Disember lalu yang kebanyakannya tidak diberikan penjelasan dan pemahaman jelas berhubung skim yang ditawarkan.
“Mereka yang dipaksa menandatangani borang tawaran tanpa tidak meneliti skim itu perlu diberikan borang baru dan menandatangani semula opsyen berkenaan. Sebelum ini, mereka diminta menandatanganinya secara terburu-buru dan tidak melihat skim serta diberikan formula kenaikan gaji yang tidak tepat.
“Jadi, kita minta ketua jabatan terbabit memberikan borang baru yang menyatakan dengan jelas lampiran skim kenaikan gaji dan gred (SPBA) supaya mereka boleh menandatangani semula kerana tempoh penerimaan skim dilanjutkan hingga 15 Januari ini ,” katanya selepas Majlis Transformasi dan Ikrar Integriti Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.
Katanya, tindakan meminta kakitangan awam menandatangani tawaran tanpa mendapat maklumat jelas bukan saja tidak mengikut prosedur, malah ada kakitangan awam yang mendakwa ketua jabatan tidak faham serta tidak dapat memberikan penjelasan berhubung kemusykilan yang dikemukakan ketika sesi taklimat.
Beliau berkata, pihaknya mengakui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang bertungkus lumus membuat semakan semula skim berkenaan bagi memastikan semua pihak berpuas hati, namun meminta pihak berkenaan memberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan tidak merugikan mana-mana pihak.
Omar berkata, JPA memberikan tempoh tiga bulan sehingga 31 Mac ini bagi membuat semakan semula dan CUEPACS akan memberikan semula taklimat berkenaan penambahbaikan dan semakan itu sebaik disiapkan oleh JPA.
Sementara itu, CUEPACS turut meminta pengurusan lima IPTA penyelidikan, iaitu UPM, Universiti Malaysia (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) supaya menaik taraf jawatan Pembantu Makmal kepada Penolong Pegawai Sains bagi memastikan jawatan itu setanding dengan taraf universiti penyelidikan.
Katanya, jawatan Pembantu Makmal sudah tidak relevan dengan taraf universiti penyelidikan kerana ia tidak mencerminkan tahap IPTA berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini ada kira-kira 700 daripada kira-kira 2,000 Pembantu Makmal yang masih belum dinaikkan taraf sebagai Penolong Pegawai Sains di IPTA berkenaan.