Institut tahfiz persendirian perlu berdaftar dengan SABK: Jamil Khir – Berita Harian


Institut tahfiz persendirian perlu berdaftar dengan SABK: Jamil Khir

2014/01/16 – 16:21:40 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam semalam memutuskan supaya semua institut tahfiz persendirian di seluruh negara berdaftar dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan pusat pengajian agama itu bersifat arus perdana dengan tambahan subjek akademik selain ilmu agama.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata demikian pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini yang turut dihadiri oleh semua Menteri Besar.