‘Saya janji kahwini mangsa’ – Metro


‘Saya janji kahwini mangsa’

 2  0 Google +0  0  0

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Melaka: “Awak biar betul, mangsa baru berusia 13 tahun. Takkan awak nak kahwin dengan remaja bawah umur?,” kata Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, semalam ketika mendengar rayuan seorang pemuda yang didakwa atas empat tuduhan merogol remaja perempuan itu beberapa bulan lalu.

Terdahulu tertuduh, Muhammad Ashyraf Rahim, 23, dari Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, mengangguk faham akan semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh kemudian membuat pengakuan tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.
Mengikut dua pertuduhan awal, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 10 bulan di dalam stor belakang rumah di Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, masing-masing jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada 12 serta 23 Februari lalu.

 

Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia didakwa turut merogol remaja itu di lokasi sama, kira-kira jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi, 21 Mac serta 30 Mac lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Ashyraf merayu mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman berikutan sudah berjanji dan bersetuju mengahwini remaja yang menjadi mangsa rogolnya itu.
“Saya sudah janji nak kahwin dengan dia (mangsa). Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan permohonan saya,” katanya.

 

Selain itu, dia turut merayu kos ikat jamin RM24,000 ditawarkan pendakwaan dikurangkan dengan alasan tidak berkemampuan dan hanya bekerja membantu ibu dan bapa berniaga, selain turut menghidap penyakit asma.
Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

‘Bayi’ 14 tahun – Metro


‘Bayi’ 14 tahun

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: “Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.

Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, di sini, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.

Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

 
“Bagaimanapun, saya hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.

Tubuh terus panjang


Tubuh terus panjang

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: “Biarpun mengalami kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan atau mencari saiz seluar, saya reda dan menganggapnya anugerah Tuhan yang tiada pada remaja lain,” kata Sheikh Akmal Sheikh Imam, 16.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang itu mencatat sejarah tersendiri apabila namanya direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Remaja Lelaki Paling Tinggi di Malaysia dengan ketinggian 204 sentimeter. Lebih manis apabila pengiktirafan itu dikatakan diterima selepas seminggu kisah anak bongsu daripada tiga beradik itu dipaparkan dalam Harian Metro, November tahun lalu. Menurutnya yang mesra dengan gelaran ‘Adik’ dan ‘Panjang’, dia bersyukur kerana ahli keluarga serta rakan sentiasa memberi dorongan selain menerima keadaan dirinya sebagai insan ‘istimewa’.
“Tidak dinafikan saya berdepan kesulitan menjalani kehidupan seperti orang lain, namun semua itu dapat diharungi dengan bantuan keluarga yang sentiasa bersama saya. “Sebagai contoh, saya sukar menaiki Proton Iswara milik bapa selain kadangkala perlu membuat tempahan seluar kerana ketiadaan saiz.

 

“Selain itu, saya terpaksa tidur atas lantai atau sofa yang lebih selesa berbanding katil sedia ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seremban 2 di sini, semalam.
Katanya, dia bersyukur dengan anugerah Allah yang turut memberikannya badan yang sihat dan tidak menghadapi masalah menjalani sesi persekolahan bersama rakan lain.
Sementara itu, bapanya, Sheikh Imam Mohammed, 47, berkata ketinggian Akmal terus menunjukkan peningkatan tujuh sentimeter berbanding hanya 197 sentimeter tahun lalu.