Anak dilari isteri maut – Metro


Anak dilari isteri maut

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RINDU...Mohd Razali menunjukkan gambar dua anaknya yang dilarikan isteri.
RINDU…Mohd Razali menunjukkan gambar dua anaknya yang dilarikan isteri.

GEORGETOWN: Akibat terlalu rindukan dua anaknya, seorang lelaki hidup tertekan sejak enam tahun lalu dan keadaan bertambah parah apabila dia mendapat berita anak bongsunya, Nurasmah Husna, 9, maut akibat ditimpa pokok di Afrika Selatan, Sabtu lalu.

Bapa malang itu, Mohd Razali Abdul Razak, 40, berkata, dia mendapat berita menyedihkan itu daripada sepupunya selepas anak sulungnya menghubungi saudaranya itu.

Dia yang bekerja di hotel dekat sini berkata, anak sulungnya, Nurhaifa Nasuha, 17, turut berada di Afrika Selatan menghubungi sepupunya memaklumkan berita buruk itu, namun mereka meminta ia dirahsiakan daripada pengetahuannya.

“Bagaimanapun, sepupu saya tidak sampai hati dan akhirnya memberitahu saya kerana tahu saya selama ini sangat rindukan kedua-dua anak yang kini tinggal dengan isteri.

 
“Saya kecewa kerana enam tahun berusaha mencari dua anak akhirnya mendapat khabar buruk anak bongsu maut ditimpa pokok di depan kakaknya sendiri,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05

Penyamun jadi tetamu – Metro


Penyamun jadi tetamu

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BAU: Sekumpulan tujuh hingga 10 penyamun bukan saja melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai lebih RM10,000, malah turut menghabiskan juadah sarapan keluarga seorang subkontraktor dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jambusan, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, kumpulan penyamun bersenjatakan parang itu dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa, Chin Poo Kiong, 52, sebelum mengikat tangan isteri dan dua anaknya dengan tuala tangan, jam 6 pagi.

Chin berkata, dia berasa pelik apabila mendengar anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak sebelum keluar melakukan pemeriksaan di sekitar kolam ikan diusahakan tidak jauh dari rumahnya.

“Saya dihampiri sekumpulan lelaki berparang yang mengacu senjata itu ke leher dan meminta saya menyerahkan wang,” katanya.

 
Menurutnya, lelaki terbabit membawanya ke dalam rumah sebelum menahan isterinya berusia 48 tahun yang menyediakan sarapan serta dua anak lelaki masing-masing berusia 20 dan 16 tahun sebelum mengikat tangan mereka menggunakan tali nilon dan tuala tangan.