Tambah guru Orang Asli – Metro


Tambah guru Orang Asli

 5  0 Google +0  0  0

Oleh ROSYAHAIDA ABDULLAH dan SHARIFAH NORFAEZAH WAN AHMAD MAKKI MASHOR

Putrajaya: Selaras wawasan Malaysia untuk berada sebaris negara berpendapatan tinggi lain di dunia menjelang 2020, semua pihak perlu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan yang dipacu kerajaan supaya tidak tercicir dalam arus pemodenan.

Dalam merealisasikan hasrat ini, rakyat di pedalaman, khususnya Orang Asli dan Penan, harus diberi perhatian menyeluruh dan pendidikan dilihat sebagai antara ejen utama untuk membawa perubahan positif lebih agresif di kalangan mereka, sekali gus mengurangkan jurang antara masyarakat.

Di peringkat persekolahan khususnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah terkecuali dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan pendidikan buat masyarakat Orang Asli dan Penan di seluruh negara terutama sejak mengambil alih pentadbiran sekolah Orang Asli dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan, Datuk Sufa’at Tumin berkata, secara keseluruhannya sebanyak 93 sekolah Orang Asli beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pahang, Kelantan, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

FotoPROGRAM Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) berjaya meningkatkan kualiti murid.