RALAT TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR


RALAT TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Kod Tender
Tarikh Iklan Disiarkan 30 January 2013
Tarikh Tutup Dokumen Dikembalikan
Jabatan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
Muat Turun RALAT TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK KE SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Galak pelajar hargai air – Sinar Harian


Galak pelajar hargai air

WARTAWAN SINAR HARIAN
Galak pelajar hargai air
Antara pelajar yang berjaya memenangi hadiah melalui aktiviti yang dianjurkan bergambar kenangan bersama wakil daripada SAJ

BATU PAHAT – Syarikat Air Johor Holdings (SAJ) Sdn Bhd meneruskan langkah dan usaha memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan air dengan mewujudkan satu program berbentuk pendidikan.

Program yang dirancang untuk dijadikan aktiviti tahunan ini akan melibatkan seluruh sekolah menengah di negeri Johor dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, program yang bertemakan ‘Setitis Yang Bermakna’ ini bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan kepada golongan pelajar sejak di bangku persekolahan lagi.

“Manfaatnya bakal diperoleh apabila pelajar yang terlibat akan mendapat kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan juga memulihara bekalan sumber air dan alam sekitar.

“Program ilmiah ini turut mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selain kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).

“Selain JPNJ, program yang telah memasuki tahun ketiga ini turut diperluaskan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di 10 daerah di Johor serta banyak sekolah telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah dalam aktiviti yang akan dianjurkan,” katanya.

Katanya lagi, Batu Pahat merupakan antara daerah yang begitu komited untuk menjayakan program ini dan pihak PPDnya mengharapkan program ilmiah ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

“Baru-baru ini program berkenaan telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Menteri, dan telah disertai oleh pelajar dari SMK Tun Ismail, SMK Yong Peng, SMK (P) Temenggong Ibrahim, SMK Tunku Mahmood Iskandar dan SMK Senggarang.

Menurutnya, modul dalam program ini nanti akan menggunakan pendekatan seperti pameran, ceramah pendidikan dan juga pertandingan pengucapan awam.

“Mekanisma yang digunakan ini dijangka dapat memberi impak besar kepada sesebuah sekolah itu nanti apabila penggunaan air secara berhemah diamalkan dan akhirnya memberi faedah kepada pentadbiran sekolah berkenaan untuk mengurangkan bil pada setiap bulan,” katanya.