JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN TAHUN BARU 1MALAYSIA 2013


JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN TAHUN BARU 1MALAYSIA 2013

28 December 2012

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN TAHUN BARU 1MALAYSIA 2013

 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan Sambutan Tahun Baru yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Disember 2012 bertempat di Dataran Merdeka, satu program larian bersama YB Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan Komuniasi dan Kebudayaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

 

Tarikh             : 31 Disember 2012 (Isnin)

Masa               : 7.00 pagi – 10.30 pagi

Tempat           : Dataran Merdeka, Kuala Lumput

 

3.         Sehubungan itu, Jabatan Penerangan Malaysia menjemput semua warga Kementerian/Jabatan untuk menyertai larian ini. Sesiapa yang berminat sila kemukakan senarai nama dan nombor kad pengenalan kepada pihak urus setia selewat-lewatnya 30 Disember 2012 (Sabtu) di talian faks 03-8911 7523 melalui Bahagian/Jabatan masing-masing. Ataupun peserta boleh menyerahkan borang pendaftaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2012 mulai jam 6.00 hingga 7.00 pagi. Borang penyertaan boleh di muat turun melalui laman web Jabatan Penerangan Malaysia (www.penerangan.gov.my).

 

4.         Bersama-sama ini saya sertakan Atur Cara Larian Tahun Baru 1Malaysia dan Borang Penyertaan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Seberang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Isa Bin Jasin di talian 03-8911 7339. Kerjasama daripada YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel       : 03-8884 6213 / 6165

 

Muat Turun
Borang Penyertaan
Atur Cara

Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2012


Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan merasmikan Pertandingan Akhir Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada 29 Mei 2012.

Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor


Pelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia akan menganjurkanPelancaran Komuniti 1Malaysia (K1M) Negeri Johor pada 1 hingga 4 Mac 2012 bertempat di Padang Sekolah Menengah Vokasional Muar, Jalan Sungai Abong, Muar, Johor. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2012 jam 3.00 petang.

Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2012


Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2012.

Pertandingan yang akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris ini adalah terbuka untuk para pelajar Sekolah Menengah kerajaan dan swasta berumur 15 hingga 17 tahun. Ia bertujuan mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara Asean serta meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal Asean di kalangan peserta.

Pendaftaran melaui pihak sekolah boleh dibuat secara atas talian (online) diwww.penerangan.gov.my atau melalui borang yang juga boleh didapati di sekolah-sekolah dan semua Jabatan Penerangan Negeri dan daerah. Borang penyertaan boleh dihantar melalui faks di 03-8911 4959 atau emel ke aseanquiz2012@inform.gov.my.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012. Peringkat Saringan akan diadakan secara serentak di seluruh negara pada 22 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Wan Saidatul Shafina Mohd Amin, Pegawai Perhubungan Awam di talian             03-8911 7369       /             012-212 1465       atau emel ke shafina@inform.gov.my.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.