UTM sedia RM555,000 taja 30 guru ambil PhD – Metro


UTM sedia RM555,000 taja 30 guru ambil PhD

 21  1 Google +0  0  0

Putrajaya: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperuntukkan RM555,000 bagi menaja 30 guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains dan Matematik.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad berkata, program itu dilaksanakan bagi mempertingkat kompetensi guru dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah dengan mempertingkatkan kemahiran lebih tinggi.
Katanya, bagi fasa pertama seramai 12 guru akan dipilih untuk mengikuti program sepenuh masa yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan ini.

 

“Kita harap mereka (guru) akan lulus dalam tempoh tiga tahun seperti yang ditetapkan dan dapat memperluaskan ilmu yang diperoleh di SBP,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi PhD Sinergi KPM dan UTM di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UTM Prof Dr Rose Alinda Alias, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Morshidi Sirat.
Dr Madinah berkata, bagi mencapai tujuan itu, KPM memperuntukkan tajaan dalam bentuk pembiayaan kos penyeliaan PhD, pemeriksa luar, kos sewa ruang serta kos penerbitan akademik bagi guru terbabit yang berjumlah hampir RM 350,000.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/03

Keputusan rayuan ke IPTA/ Politeknik – Bernama


Keputusan rayuan ke IPTA/ Politeknik

12 Jun 2013

 

PUTRAJAYA – Sukacita dimaklumakan bahawa status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai 13 Jun 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui Laman Web rasmi Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier di http://upu.mohe.gov.my.

Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman web Rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendiidakn Malaysia (JPP, KPM) seperti di Lampiran 1 mulai 14 Jun 2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier. Semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, presedur serta criteria pemilihan yang ditetapkan oleh Kementerian.

Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun 2013, maka rayuan dianggap gagal.

Kemudahan “Hotline” dan “Helpline” disediakan untuk membantu menjawab pertanyaan dan kemusykilan calon. Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN PELAJARAN

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR JABATAN PENGAJIAN TINGGI

– Bernama