Jenazah Nur Amyliana Shuhada mangsa rogol, bunuh selamat dikebumi
SHAH ALAM 10 Mei – Jenazah kanak-kanak perempuan malang berusia 11 tahun, Nur
Amyliana Shuhada Mohd. Noor yang dirogol, dibunuh dan dijumpai di tempat letak
kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kelmarin selamat dikebumikan pukul 11 malam tadi.
Kakak kedua mangsa, Nur Hidayah Tun Erni Mohd. Noor, 16, berkata, proses bedah
siasatan ke atas adiknya itu selesai kira-kira 6 petang semalam.
“Sejurus proses bedah siasat selesai, kami membawa jenazah adik ke rumah sebelum
dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang di sini pada pukul 11 malam.
“Kami masih lagi bersedih dan tidak menyangka arwah telah pergi buat selama-lamanya kerana adik merupakan seorang yang sangat ceria serta sentiasa membuat kami sekeluarga tersenyum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan bedah siasat daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130510/je_06/Jenazah-Nur-Amyliana-Shuhada-mangsa-rogol-bunuh-selamat-dikebumi#ixzz2SteEo9nE
© Utusan Melayu (M) Bhd