Jerebu: 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup – Utusan


Jerebu: 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup

 

IPOH 25 Jun – Sebanyak 239 buah sekolah menengah dan rendah di Manjung dan Hilir Perak ditutup dua hari bermula tengah hari ini ekoran keadaan berjerebu di daerah berkenaan yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 330.

Menurut jurucakap Jabatan Pelajaran Perak, penutupan itu melibatkan 102 sekolah di Manjung manakala 137 pula di Hilir Perak.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 10 pagi ini, empat kawasan lain yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ialah Tanjung Malim (176), Jalan Tasek, Ipoh (146), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (190) dan Kampung Air Putih, Taiping (153). – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_26/Jerebu-239-sekolah-di-Hilir-Perak-dan-Manjung-ditutup#ixzz2XDpsHSUI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Guru, petugas tak perlu hadir ke sekolah ditutup – Bernama


Guru, petugas tak perlu hadir ke sekolah ditutup

 

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok.

Beliau yang dihubungi Bernama di sini malam tadi diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah masing-masing esok walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit ditutup kerana jerebu.

Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini.

Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan), katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_02/Guru-petugas-tak-perlu-hadir-ke-sekolah-ditutup#ixzz2X8oEMnrY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup – Utusan


Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

 

BANDAR Kuantan diselubungi jerebu. Gambar ini dirakamkan pada pukul 12.21 tengah hari tadi. – UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 23 Jun – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_20/Jerebu-MB-Pahang-arah-sekolah-di-Kuantan-ditutup#ixzz2X2jbmjJj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jerebu: Semua sekolah di Melaka diarah turup – Utusan


Jerebu: Semua sekolah di Melaka diarah turup

 

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA 23 Jun – Semua sekolah di negeri ini diarah tutup buat sementara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penutupan itu melibatkan 313 buah sekolah rendah dan menengah sekitar negeri ini membabitkan seramai 159,570 orang murid.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri merasakan tahap udara akibat jerebu kini telah sampai ke tahap yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan.

“Ini adalah kerana landaan jerebu yang kini cecah tahap bacaan IPU 456 di sesetengah kawasan termasuk Bukit Rambai, Klebang dan Tanjung Minyak pada pukul 2 petang tadi.

“Bandar Melaka pula pada masa sama mencecah IPU 397 dan setakat ini kita tidak nampak ada kaedah untuk kurangkan serangan jerebu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar khas di Hotel Permaisuri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Jumaat lalu sebanyak 480 buah tadika di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIM), Kemas dan Perpaduan telah diarah tutup dan penutupan itu diteruskan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_27/Jerebu-Semua-sekolah-di-Melaka-diarah-turup#ixzz2X2jITpam
© Utusan Melayu (M) Bhd

SEKOLAH DITUTUP SEHINGGA JAM 7.00 MALAM (21 JUN 2013) DI JOHOR AKIBAT JEREBU


SEKOLAH DITUTUP SEHINGGA JAM 7.00 MALAM (21 JUN 2013) DI JOHOR AKIBAT JEREBU

21 June 2013

Sekolah ditutup sehingga jam 7.00 malam (21 Jun 2013) di Johor akibat jerebu.

Daerah di Johor Bil. Sekolah Menengah

(Bil. Murid)

Bil. Sekolah Rendah

(Bil. Murid)

1. Muar 40 SM (33,331 murid) 171 SR (39,580 murid)
2. Batu Pahat 31SM (37,167 murid) 144 SR (45,440 murid)
3. Pasir Gudang 35 SM (49,419 murid) 70 SR (68,618 murid)
4. Pontian 15 SM (15,616 murid) 82 SR (18,201 murid)
5. Kota Tinggi 15 SM (13,060 murid) 16 SR (6,262 murid)
Jumlah 136 SM (148,593 murid) 483 SR (178,101 murid)

Jumlah keseluruhan sekolah ditutup 619 (326,694 murid)

 

Tutup sekolah jika IPU melebihi 200 – Metro


Tutup sekolah jika IPU melebihi 200

 0  0 Google +0  0  0

MELAKA: Semua sekolah di negeri ini yang terjejas akibat jerebu khususnya di daerah Melaka Tengah akan ditutup sekiranya bacaan IPU direkodkan melebihi 200.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Md Yunos Husin berkata bagaimanapun arahan itu hanya akan dikeluarkan selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21

Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup – Berita Harian


Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup

2013/06/21 – 11:59:03 AMCetakEmel Kawan
JOHOR BAHRU: Dua lagi daerah diarah menghentikan operasi kesemua sekolahnya hari ini akibat jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras berbahaya melebihi 300.

Sebanyak 195 sekolah membabitkan 71,097 murid serta pelajar di Pontian dan Kota Tinggi ditutup serta-merta.

Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata satu lagi daerah iaitu Kulaijaya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bacaan IPU melebihi 150.