Jumlah murid capai 5A, 7A menurun – Metro


Jumlah murid capai 5A, 7A menurun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Jumlah murid memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wilayah Persekutuan menurun berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang berkata, daripada 23,954 pelajar sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, 2,690 mendapat 5A dan 7A.
“Jumlah itu menurun 0.09 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 2,759 atau 11.32 peratus pelajar memperoleh keputusan sama. “Seramai 13,735 daripada 23,954 calon atau 57.34 peratus menguasai semua mata pelajaran berbanding 58.05 peratus tahun lalu,” katanya.