Disembelih depan kuil – Metro


Disembelih depan kuil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang bertindak menghubungi polis.

“Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.

FotoMAYAT remaja diangkut menggunakan kenderaan polis.

“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/16

Tiada Perjanjian Hadkan Bilangan Sekolah Cina – Dr Chua – mStar


Tiada Perjanjian Hadkan Bilangan Sekolah Cina – Dr Chua
Oleh LIM WEY WEN

KAJANG: MCA membidas Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong yang tidak henti-henti membuat dakwaan mengenai perjanjian pada tahun 1995 antara parti itu dengan kerajaan mengehadkan bilangan sekolah bebas Cina.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri dua kali bagi membincangkan isu tersebut dan memberi jaminan bahawa tiada perjanjian seumpama itu.

“Saya percaya ia merupakan cubaan untuk menjejaskan reputasi MCA,” kata beliau kepada pemberita di majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kajang 2 di sini, Jumaat.

Azab dicucuh api – Metro


Azab dicucuh api

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PERJELAS...nenek mangsa dera menceritakan bagaimana cucunya diberi layanan buruk oleh suspek.
PERJELAS…nenek mangsa dera menceritakan bagaimana cucunya diberi layanan buruk oleh suspek.

KESAN LUKA...belakang badan mangsa dera.
KESAN LUKA…belakang badan mangsa dera.

KAJANG: Penderitaan yang ditanggung seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbongkar apabila guru kelasnya hairan dengan kehadirannya ke sekolah hanya tiga hingga empat hari sebulan.

Guru itu juga mengesan beberapa kesan terbakar pada tangan dan kaki apabila kanak-kanak berkenaan dipanggil ke bilik guru.

Sebaik mengesyaki anak muridnya didera, guru berkenaan segera menghubungi ibu saudara dan neneknya untuk dibawa pulang sebelum kanak-kanak malang itu ditahan di hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu didedahkan neneknya yang mendakwa kekasih gelap ibu mangsa disyaki melakukan perbuatan berkenaan.

 
Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa cucunya, warga emas itu berkata, dia mengetahui penderitaan yang ditanggung anak kecil itu dan pernah berulang kali menasihati lelaki berkenaan, namun tindakannya itu mengundang padah apabila dia dibelasah.

Kes serangan terhadap Wee Ka Siong disiasat – Utusan


Kes serangan terhadap Wee Ka Siong disiasat

KUALA LUMPUR 29 Mac – Polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mendakwa ditumbuk seorang lelaki dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, setakat ini, polis menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut iaitu tiga dibuat oleh Pemuda MCA di Pahang dan satu oleh seorang pemuda yang menafikan dia menumbuk Timbalan Menteri itu di Kajang dekat sini.

“Walaupun ada empat laporan polis diterima tetapi kita hanya membuka satu kertas siasatan kerana ia melibatkan kes yang sama.

“Kita akan jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada benar wujud unsur serangan atau hanya tohmahan,” katanya di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Ka Siong hadir pada siri bantahan berkaitan isu kekurangan guru di sekolah Cina yang disertai ratusan aktivis masyarakat, penyokong dan pimpinan pembangkang di Kolej New Era Kajang.