Polis terima tujuh laporan kes edar Bible kepada pelajar Islam – Bernama


Polis terima tujuh laporan kes edar Bible kepada pelajar Islam

 

GEORGETOWN 23 Jan. – Polis menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata empat daripada laporan itu dibuat pelajar sekolah berkenaan manakala selebihnya oleh orang awam.

Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible itu kepada polis sebagai bahan bukti.

“Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130123/je_09/Polis-terima-tujuh-laporan-kes-edar-Bible-kepada-pelajar-Islam#ixzz2Ilos23vM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan edar Bible di sekolah – Berita Harian


Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan edar Bible di sekolah

2013/01/18 – 09:25:50 AMCetakEmel Kawan
GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.

Dalm kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis di Balai Jelutong, di sini, kira-kira jam 12 malam tadi.

NGO berkenaan mendesak supaya satu siasatan dibuat oleh polis di peringkat negeri berhubung penyebaran dakyah agama lain kepada umat Islam serta mendesak Kerajaan Pusat menguatkuasa tindakan mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Negara.