Murid lemas mandi di sungai bersama kawan – Bernama


Murid lemas mandi di sungai bersama kawan

2013/03/22 – 10:47:11 AMCetakEmel Kawan
BESUT: Seorang murid Tahun Tiga yang mandi di Sungai Besut berhampiran Taman Teratur, Jerteh lemas dalam kejadian petang, semalam.

Ahmad Akid Syawal Aznan, 9, murid Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah pergi ke sungai itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya bersama lima rakannya kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata mangsa tenggelam dua jam kemudian ketika mandi di kawasan air yang dalam.

“Apabila menyedari mangsa tenggelam, salah seorang rakannya menyelam dan berjaya menarik mangsa keluar. Bapa mangsa segera diberitahu tentang kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, anak keempat dari enam beradik itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut oleh bapanya yang mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. – BERNAMA

Murid lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Besut – Bernama


Murid lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Besut

18 Januari 2013

BESUT – Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh ditemui mati lemas di Sungai Besut petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Muhammad Faris Irfan Fauzi, 12, ditemui pasukan penyelamat setelah mangsa dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama kawan-kawannya kira-kira 5.50 petang.

Beliau berkata mangsa yang tinggal di Kampung Gong Jaga, Alor Lintah dikatakan telah memberitahu keluarganya yang dia mahu berjumpa neneknya di Kampung Tok Raja.

“Mangsa dilapor turut mandi bersama rakan-rakannya di sungai sebelum hilang,” katanya. – Bernama

Guru diwajib kursus profesionalisme – Utusan


Guru diwajib kursus profesionalisme

Mohd. Puad Zarkashi (dua dari kiri) berbual dengan Abd. Azizi Mustafa (kanan), Kamariah Zainuddin dan Kamaruddin Mansor (tengah) sambil diperhatikan Abdullah Mad Yunus pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 24 Mei – Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua guru mengikuti Kursus Bina Upaya Profesionalisme Perguruan bagi memperkasakan mereka dari aspek inovasi dan profesionalisme bermula Jun ini.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, menerusi kursus tersebut kementerian akan memberi penekanan terhadap tiga perkara utama dalam membangunkan profesionalisme perguruan meliputi pengetahuan, kemahiran serta perwatakan yang harus ada pada setiap tenaga pengajar.

Menurutnya, kursus itu akan dijalankan secara berperingkat melibatkan seluruh warga guru dan ia bakal dijalankan di Institut Aminuddin Baki (IAB) serta Bahagian Pendidikan Guru (BPG).