Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas – Utusan


Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas

IPOH 8 Mac – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini semalam.

Mangsa, Yushairiezal Judin dikatakan bermain bola sepak bersama rakannya dengan memakai seluar sekolah berhampiran longkang berkenaan dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam.

Ibunya, Mazlinah Rintan, 31, berkata, selepas gagal menemui anaknya di kawasan kem berkenaan termasuk di sekolah, dia akhirnya membuat laporan polis hari ini.

“Yushairiezal bermain berhampiran dengan dua longkang besar dan ketika itu hujan lebat. Saya bimbang jika dia tergelincir dan dibawa arus yang kuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.