Kanak-kanak maut dilanggar pacuan empat roda – Sinar Harian


Kanak-kanak maut dilanggar pacuan empat roda

AZURA MOHAMAD 20 Ogos 2012

RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanakmaut setelah dilanggar pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kampung Bukit Lata di sini,petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Muhammad Dini Harith Nahiran, 6, dikatakan sedang menyeberangi jalan untuk pulang kerumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, sebuah pacuan empatroda dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang telah melanggar mangsa.

Berikutan kejadian, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan bahagian belakang sebelah kiri.

Anggota keluarga mangsa menunggu untuk menuntutjenazahMuhammad Dini diHospitalPasir Mas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Kenderaan pacuan empatroda yang melanggar mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Haliluddin berkata,kenderaan pacuan empatroda yang melanggar mangsa dipercayai dipandu warga negara Thailand.

Menurutnya,kesdisiasatdi bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu,bapa mangsa, Nahiran Mat Amin,35,berkata, mangsa anak kedua daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki.

Menurutnya,dia tidak tahu tentang kejadian sehingga dimaklumkan keluarganya kerana ketika itu dia sedang tidur.

“Saya tidak tahu macam mana kejadian boleh berlaku, sebelum kejadian dia (arwah) meminta izin keluar dengan bapa saudaranya untuk kesungai.

“Saya izinkan dia keluar dan saya pun tidur selepas itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital PasirMas.