Kanak-kanak pulang dari kelas mengaji lemas – Sinar Harian


Kanak-kanak pulang dari kelas mengaji lemas

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2013

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, yang pulang dari kelas mengaji, dipercayai ┬álemas di kawasan tali air ketika berjalan bersama dua sepupunya, di Kampung Bukit Mak Limpah, Melor di sini petang semalam.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 3.45 pagi tadi dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.