Hajat Adam makan nasi lemak tercapai – Sinar Harian


Hajat Adam makan nasi lemak tercapai
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Julai 2012

Presiden Hospital Johns Hopkins, Ronald R Peterson menandatangani buku dan disaksikan Othman (kiri).
SHAH ALAM – Hasrat Adam Akbar Ali, 10, yang mengidam nasi lemak tercapai apabila pegawai kedutaan Malaysia melawatnya di Hospital Johns Hopkins, Baltimore Amerika Syarikat, semalam.

Bapanya, Akbar Ali Mohamed Nordin berkata, kami terharu pemberian itu.

“Saya bersyukur keinginan Adam makan nasi lemak dapat perhatian kedutaan Malaysia,” katanya, semalam.

Katanya, rombongan diketuai Duta Besar ke Amerika Syarikat, Datuk Othman Hashim disambut baik Presiden Hospital Johns Hopkins, Ronald R Peterson dan pengurusan hospital.

“Kami berbesar hati dan menghargai kunjungan Othman dan pegawai kedutaan dan presiden dan pengurusan kanan hospital hari ini
(semalam),” katanya.

Akbar berkata, keprihatinan begitu bermakna kepada anaknya agar kembali sihat.

Sebelum ini, kisah Adam yang menghidap penyakit saraf tunjang memerlukan jumlah wang yang besar bagi menampung kos pembedahan membuang tumor pada saraf tunjangnya, 22 Jun lalu.

Pelbagai pihak tampil bantu, termasuk Kerajaan Negeri Terangganu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Kerjasama jejak penculik – Metro


Kerjasama jejak penculik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand akan bekerjasama dengan polis negara itu bagi menjejaki sindiket pelacuran antarabangsa yang disyaki menculik rakyat negara ini dan memaksa mangsa terbabit dalam kegiatan maksiat.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain berkata, pihaknya akan menjalin kerjasama bagi mengesan dalang yang melakukan penculikan terhadap rakyat Malaysia agar jenayah itu dapat dibanteras.
“Ini perbuatan yang sangat serius. Bagaimana mereka boleh membawa seorang remaja melepasi sempadan antarabangsa dan perkara ini harus kita siasat,” katanya.

 

Beliau mengulas kes penculikan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang di Shah Alam dan ditemui di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok 11 Mac lalu. – Bernama

Gadis Malaysia diculik diselamatkan di Thai – Bernama


Gadis Malaysia diculik diselamatkan di Thai

19 Mac 2012

SHAH ALAM  — Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

“Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. — Bernama