Kemaskini e-Penyata Gaji & Laporan – Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Kemaskini e-Penyata Gaji & Laporan – Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Dimaklumkan bahawa Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan ini telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan tambahan.

Sehubungan itu anda diminta untuk mengemaskini profil iaitu nombor h/p dan alamat e-mel  bagi tujuan notifikasi apabila anda membuat pendaftaran semula(reset kata laluan).

Selepas penambahbaikan ini, sekiranya anda reset kata laluan atau pendaftaran semula, sistem akan menghantar notifikasi melalui sms atau e-mel.

Maklumat lanjut : https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Pemberitahuan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013


KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013  dibuka mulai 6 Februari 2012 sehingga 19 Februari 2012. Pelajar SPM 2011 yang memohon melalui internet hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM untuk masuk. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844040/4031 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.


Pengisian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ditangguhkan sehingga 31 Januari 2012


Pengisian SAPS ditangguhkan sehingga 31 Januari 2012 kerana penambahbaikan membuat link dengan data SMM Online yang baru. Sila kemaskini maklumat murid di dalam sistem SMM Online yang baru.