Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014


Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014

Saluran 1 : Lembah Klang : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan
Saluran 2 : Selatan : http://www.jpt.utm.my
Saluran 3 : Utara : http://www.jpt.uum.edu.my
Saluran 4 : Sabah : http://jpt.ums.edu.my
Saluran 5 : Sarawak : https://jpt.unimas.my

SMS : Taip UPU RESULT [nokp] dan hantar ke 15888

Keputusan rayuan ke IPTA/ Politeknik – Bernama


Keputusan rayuan ke IPTA/ Politeknik

12 Jun 2013

 

PUTRAJAYA – Sukacita dimaklumakan bahawa status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai 13 Jun 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui Laman Web rasmi Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier di http://upu.mohe.gov.my.

Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman web Rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendiidakn Malaysia (JPP, KPM) seperti di Lampiran 1 mulai 14 Jun 2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier. Semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, presedur serta criteria pemilihan yang ditetapkan oleh Kementerian.

Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun 2013, maka rayuan dianggap gagal.

Kemudahan “Hotline” dan “Helpline” disediakan untuk membantu menjawab pertanyaan dan kemusykilan calon. Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN PELAJARAN

BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR JABATAN PENGAJIAN TINGGI

– Bernama