Penjawat awam diingat jangan sabotaj usaha kerajaan – Bernama


Penjawat awam diingat jangan sabotaj usaha kerajaan

KANGAR 11 Mac – Penjawat awam diingatkan agar tidak mensabotaj usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis, Sabry Ahmad berkata, sudah terbukti janji pembangkang hanya mainan dan boleh merosakkan masa depan negara.

“…pembangkang tidak menjanjikan masa depan yang baik,” katanya, berucap mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa sabu pada perhimpunan bulanan sektor awam Perlis, di sini hari ini.

Sabry juga berkata, penjawat awam di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada menikmati kehidupan selesa.

Beliau juga berharap penjawat awam di Perlis membantu menjayakan wawasan negeri ‘Perlis Maju 2015’ yang kini 70 peratus daripada indikatornya telah dipenuhi.

Selain itu, penjawat awam juga antara kelompok yang turut berpeluang menikmati kemudahan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia, membabitkan pembinaan 10,000 unit rumah di Perlis dalam tempoh lima tahun.

Sebelum itu, Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata pihaknya akan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat secara lebih agresif menerusi pelbagai program.

Katanya, rakyat termasuk penjawat awam perlu diberi kefahaman tentang perkembangan semasa negara ini supaya mereka benar-benar menghayati pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyt.

Pada majlis itu, penjawat awam turut dipersembahkan dengan nyanyian koir Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis yang diterajui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_34/Penjawat-awam-diingat-jangan-sabotaj-usaha-kerajaan#ixzz2NDFvwlAm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar harus dibentuk menjadi individu bijak – Metro


Pelajar harus dibentuk menjadi individu bijak

 0  1 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: Setiap pelajar harus dibentuk menjadi individu yang bijak berfikir supaya dapat membuat keputusan atau pilihan hidup yang tepat dan boleh membezakan yang mana baik dan buruk.

Itu nasihat diberikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Fuad Hassan mengulas isu samseng yang membabitkan pelajar sekolah, akhir-akhir ini.
Beliau berkata, setiap pelajar perlu bijak berfikir supaya dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi setiap situasi, apatah lagi dalam keadaan seorang diri dan bukan berada di rumah atau di sekolah.

 

“Ini tanggungjawab semua pihak, ibu bapa mahupun guru untuk mendidik anak dan pelajar sentiasa dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
“Kita tidak boleh menghalang perkembangan media sosial yang semakin meluas, tapi kita boleh membina keupayaan diri pelajar ini untuk menjadi individu yang lebih baik,” katanya.
Fuad ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-33, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat 1, di sini, semalam.

 

Turut hadir, Penyelia Data dan Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Zulhilmi Abdul Hamid; Yang Dipertua PIBG, Rahamat Abdul Manan dan Guru Besar SK Taman keramat 1, Nor Adibah Yusoff.
Sementara itu, Fuad berkata, ibu bapa perlu bertanggungjawab memantau anak mereka ketika berada di luar rumah termasuk sering bertanya dan rasa curiga akan tindak-tanduk mereka.

 

Katanya, sikap keterbukaan seperti ingin menjadi ibu bapa yang ‘sporting’ juga perlu diimbangi dengan nilai lama iaitu mengambil tahu setiap pergerakan anak supaya tidak terdedah dengan gejala sosial di luar rumah dan sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

Sekolah angkat: Telekom Malaysia sedia RM2 juta – Bernama


Sekolah angkat: Telekom Malaysia sedia RM2 juta

20 Oktober 2012

SEREMBAN – Telekom Malaysia Bhd (TM) memperuntukkan RM2 juta untuk projek sekolah angkat yang melibatkan 10 buah sekolah terpilih di seluruh negara sejak 2003 sehingga kini, kata Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie.

Beliau berkata, projek itu bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan sekolah selain menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang lebih baik dalam usaha merapatkan jurang digital. Katanya, projek  sekolah angkat bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPPK) ini adalah antara fokus tanggungjawab sosial korporat TM.

“TM memperuntukkan RM200,000 bagi setiap sekolah angkat berkenaan untuk tempoh tiga tahun,” katanya pada majlis graduasi projek sekolah angkat TM bersama KPKK yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz di sini hari ini.

Majlis graduasi projek itu melibatkan dua buah sekolah di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Rendah Agama Repah, Tampin dan Sekolah Kebangsaan Teriang, Kuala Klawang, Jelebu, yang terlibat dengan projek berkenaan sejak 2009.

Halim berkata, sepanjang tempoh tiga tahun itu, kedua-dua buah sekolah berkenaan menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memberangsangkan dalam keputusan akademik serta aktiviti kokurikulum.

Katanya, program ini bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah untuk memberi mereka peluang menikmati masa depan yang lebih baik.

“Program sekolah angkat TM merupakan program menyeluruh yang menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya bagi menghadiri kursus ICT dan motivasi serta seminar keibubapaan agar lebih bersedia dalam mendidik anak-anak mereka,” katanya. – Bernama

2,000 bakal terima buku rujukan percuma – Metro


2,000 bakal terima buku rujukan percuma
SHAH ALAM: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyasarkan lebih 2,000 murid sekolah rendah dan menengah dari keluarga kurang berkemampuan dijangka bakal menerima bantuan buku rujukan percuma melalui Program Mesra Rakyat 1Malaysia, tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin D’Cruz berkata, bantuan diberikan kepada pelajar yang memohon untuk mendapatkan bantuan buku selepas mengisi borang khas melalui kementeriannya.
Katanya, program bantuan itu sudah bermula sejak tahun lalu dan bantuan buku rujukan percuma tahun ini diberikan bermula Mac lalu. “Kementerian berikan bantuan buku kepada semua yang memohon tanpa mengira kaum dan mereka hanya perlu mengisi borang khas yang dikeluarkan kementeriannya.

“Bantuan yang diberikan ini penting kerana kementerian mahu generasi muda negara terdiri dari orang yang berpendidikan,” katanya sewaktu ditemui, semalam.

 

Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkat – Kosmo


Peranan pusat sumber sekolah perlu dipertingkat

 

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

 

MUHYIDDIN (tengah) melancarkan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia sambil diperhatikan Mahathir (kanan) dan Rais di Kuala Lumpur semalam.

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan merangka satu strategi bersama yang komprehensif untuk meningkatkan fungsi dan peranan pusat sumber sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peranan pusat sumber sekolah sebagai nadi budaya membaca dalam kalangan generasi muda wajar diperkasakan selaras dengan usaha menambah baik sistem pendidikan negara.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 12,382 buah perpustakaan di seluruh negara dengan 9,721 buah daripadanya merupakan pusat sumber sekolah.

“Berdasarkan perangkaan itu, saya melihat pusat sumber sekolah mempunyai potensi yang cukup besar untuk dipertingkatkan dari segi mutu dan capaian perkhidmatannya.

“Penggunaan perpustakaan digital juga perlu diperluas bagi membolehkan pengguna membaca buku dan pelbagai bahan ilmiah dalam bentuk digital secara atas talian,” katanya.