Kenaikan gaji penjawat awam langkah tepat – Lam Thye – Bernama


Kenaikan gaji penjawat awam langkah tepat – Lam Thye

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kenaikan terbaharu gaji bagi polis, tentera dan penjawat awam, untuk disetarakan dengan skim gaji sektor perkhidmatan awam sudah pasti satu langkah yang tepat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia sebenarnya satu penghargaan atas perkhidmatan yang diberikan anggota dan pegawai pasukan polis dan tentera kepada negara.

Beliau berkata, ini lebih-lebih lagi berikutan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kepada penjawat awam atas perkhidmatan mereka kepada negara, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam termasuk polis dan Angkatan tentera, akan menerima antara RM80 dan RM320, sebagai sebahagian daripada kenaikan gaji tahunan mereka, berkuat kuasa 1 Julai.

“Dengan kenaikan gaji mereka, kita berharap ia akan memberi lebih motivasi kepada penjawat awam, polis dan tentera untuk berkhidmat kepada negara dengan penuh dedikasi dan komitmen,” kata Lam Thye. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130312/dn_47/Kenaikan-gaji-penjawat-awam-langkah-tepat—Lam-Thye#ixzz2NP61ztsj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kerajaan Tunai 18 Tuntutan Cuepacs Sejak 2007 – Omar – Bernama


Kerajaan Tunai 18 Tuntutan Cuepacs Sejak 2007 – Omar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman.

“Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain.

“Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Cuepacs Bersama Media di sini, Selasa.

Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka.

Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya.

“Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya.

Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.-BERNAMA

CUEPACS akan serah cadangan kenaikan gaji – Utusan


CUEPACS akan serah cadangan kenaikan gaji

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung pemberian kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum bagi memastikan ketelusannya.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, disebabkan kenaikan itu melibatkan semua peringkat, keadilan diperlukan khususnya dalam merungkai persoalan pihak mana yang layak mendapat kenaikan tinggi atau sebaliknya.

“Dijangkakan kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus tetapi jangan pula nanti pegawai atasan sahaja dapat lima peratus sedangkan pekerja bawahan hanya dua peratus. Kalau sudah berkhidmat 10 tahun, berilah lima peratus.

“Ahli Majlis Kongres CUEPACS akan membincangkan mekanisme bagi menentukan kriteria dalam menentukan jumlah kenaikan gaji pada 29 hingga 31 Januari ini dan cadangan hasil perbincangan itu bakal diserahkan kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130125/dn_16/CUEPACS-akan-serah-cadangan-kenaikan-gaji#ixzz2IwipShzz
© Utusan Melayu (M) Bhd

CUEPACS akan kemuka formula perpindahan gaji daripada SSM kepada SBPA – Bernama


CUEPACS akan kemuka formula perpindahan gaji daripada SSM kepada SBPA 

2012/02/04

SIBU: Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

“Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi. – BERNAMA