KENYATAAN AKHBAR PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


KENYATAAN AKHBAR
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Berikutan terlalu banyak pertanyaan yang diterima mengenai status pelaksanaan SBPA, adalah dimaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti ditetapkan. JPA bersama CUEPACS akan mengadakan perbincangan esok (23 Disember 2011) bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

22 Disember 2011