MB arah siasat kes keracunan – SInar Harian


MB arah siasat kes keracunan

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Julai 2013
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menyiasat kes 36 murid Sekolah Kebangsaan Guru Kalgidhar, Buntong mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan yang dijual di kantin sekolah.

Menurutnya, langkah itu perlu memandangkan kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah, malah pihaknya bersedia dengan tindakan tegas sekiranya didapati berlaku kecuaian ketika menyediakan makanan kepada murid.

“Tindakan segera perlu diambil kerana kejadian ini melibatkan anak-anak kita yang sedang menimba ilmu, kerajaan negeri amat prihatin dengan kes tersebut dan kita mahu langkah-langkah pencegahan segera diambil untuk menangani masalah tersebut.

“Apa-apa pun kita tunggu laporan lengkap daripada JPN dan kita harap laporan menyeluruh dapat dilakukan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini, semalam.

HARI MESRA PELANGGAN SPP


HARI MESRA PELANGGAN SPP

Hari Mesra Pelanggan SPP akan diadakan pada 14 Mei 2012 (Isnin) dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.