Kerajaan Pahang beri RM50,000 kepada RDA bantu kanak-kanak OKU

KUANTAN 23 Jan. – Kerajaan negeri memberikan geran pelancaran sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Menunggang Untuk Orang Cacat Malaysia (RDA) Pahang bagi menjayakan aktiviti menunggang kuda kepada kanak-kanak kurang upaya (OKU) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, geran itu bagi menyokong usaha RDA membantu kanak-kanak OKU menunggang kuda sebagai satu kaedah pemulihan diri atau hippo-therapy.
“Saya dapat tahu menerusi kaedah hippo-therapy ini tahap keyakinan kanak-kanak OKU… kerana aktiviti berkuda ini memerlukan pergerakan semua anggota badan serentak.
“Ini secara tidak langsung menimbulkan semangat keberanian di dalam diri kanak-kanak istimewa ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran RDA Pahang di Pusat Ekuestrian Pahang, di Tanjung Lumpur dekat sini, semalam. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130123/dn_30/Kerajaan-Pahang-beri-RM50000-kepada-RDA-bantu-kanak-kanak-OKU#ixzz2IqQMzxwj
© Utusan Melayu (M) Bhd