OKU kena culik – Metro


OKU kena culik

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) parah selepas terjun dari kereta dipandu lelaki yang cuba melarikannya sejauh 12 kilometer di taman perumahan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Maysharah Mohd Zahar, 14, yang menunggang motosikal Yamaha Sport bersama rakannya menuju ke rumahnya selepas selesai membeli barang di pekan Kuala Sungai Baru.

Bagaimanapun, motosikal remaja yang cacat kaki itu kehabisan minyak dan menyebabkan mereka terpaksa menolak 200 meter sebelum dihampiri kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Sumber berkata, kereta itu berhenti dan menumpangkan mangsa yang bersetuju menaikinya kerana melihat ada seorang remaja perempuan berusia belasan tahun berada di dalamnya selain jarak rumah 500 meter.

FotoRASNAH menjaga Maysharah yang cedera.

“Lelaki itu bagaimanapun memecut kenderaan meninggalkan rakan mangsa yang mengunci motosikal dan memberitahu perlu segera menghantar anak perempuannya pergi tuisyen di sekolah di Lubok China.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

Dua maut, lima parah kemalangan – Kosmo


Dua maut, lima parah kemalangan

 

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

 

KEADAAN kereta Honda Civic yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau, Dungun semalam.

 

DUNGUN – Dua wanita maut manakala lima orang termasuk seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk berkhatan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 9 pagi berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki empat orang termasuk kanak-kanak yang mahu berkhatan, Tarmizi Ismail, 11, dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kampung Jerangau Sungai menghala ke bandar Dungun untuk berkhatan.

Rempuhan itu menyebabkan ibu saudara Tarmizi, Zainun Awang, 50, maut di tempat kejadian manakala suami Zainun, Zulkifli Mamat, 53, dan ibu Zainun, Gayah Awang, 45, pula cedera parah.

Seorang lagi yang terbunuh dalam kejadian itu ialah penumpang kereta Honda Civic, Suzlina Ahmad, 40, manakala anak Suzlina, Mohd. Ridwan Badiozaman, 21, (pemandu) dan anak saudaranya, Norfatikah Samsudin, 17, mengalami kecederaan parah.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2EEIhmzr0
Hakcipta terpelihara

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas – Sinar Harian


Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

NORAWAZNI YUSOF
5 Disember 2012
Aminulrasyid Amzah
Aminulrasyid Amzah

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tiga sahabat maut, seorang cedera – Utusan


Tiga sahabat maut, seorang cedera

Oleh MOHD.FAIRUZ YUSOF dan ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KERETA Proton Wira Aeroback remuk selepas terlibat dalam kemalangan maut melibatkan tiga nyawa di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai, Kuantan, Pahang, pagi semalam. – utusan/RUSHDI SALLEH

KUANTAN 18 Nov. – Tiga sahabat karib maut manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, mereka yang maut ialah Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18; pemandu kenderaan itu, Mohd. Faqih Mohd. Nor, 18; dan Hasroy Haniff Hamsah, 17, meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasroy Haniff merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud, Pekan.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121119/je_01/Tiga-sahabat-maut-seorang-cedera#ixzz2Ccof3QUk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis, mertua maut nahas ngeri – Utusan


Polis, mertua maut nahas ngeri

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KERETA Proton Wira Aeroback dinaiki Baharin Puteh dan menantunya, Mohd. Riduan Ab. Razak remuk teruk selepas merempuh belakang bas di bawah jejambat Lebuh Raya Guthrie, Kundang, semalam.

SUNGAI BULOH 27 Mei – Seorang guru seni tidak menyangka percutian sempena cuti persekolahan di rumah anak sulungnya berakhir dengan tragedi apabila suaminya maut bersama menantu dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 28.8, Jalan Kundang-Tasik Biru berdekatan Kundang di sini hari ini.

Zuraidah Mahmud, 58, dan suami, Baharin Puteh, 59, difahamkan baru sampai di rumah anak sulungnya, Nuraqila, 26, di Apartmen Laguna Biru, Kundang dari Kuala Terengganu, pagi semalam untuk bercuti selain menghadiri majlis perkahwinan saudara di Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka hanya seketika apabila Baharin maut bersama menantunya, Koperal Mohd. Riduan Ab. Razak, 32, setelah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki kedua-dua mereka hilang kawalan dan merempuh belakang bas rosak.