Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diputuskan 15 September – Utusan


Kes Aminulrasyid: Nasib Koperal Jenain diputuskan 15 September

23/08/2011 5:38pm

 

SHAH ALAM 23 Ogos – Nasib Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lalu akan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 September ini.

Hakim Latifah Mohd. Tahar menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah di akhir kes pembelaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Oktober tahun lalu, sebanyak 39 saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan, manakala pihak pembelaan menampilkan tiga saksi termasuk tertuduh. – Utusan