Kes culik remaja lelaki di Semenyih selesai – Bernama


Kes culik remaja lelaki di Semenyih selesai

2012/02/13

SHAH ALAM: Polis dapat menyelesaikan kes seorang remaja lelaki 14 tahun yang diculik di Semenyih baru-baru ini berikutan tertangkapnya seorang lelaki berumur 26 tahun di Perak, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Superitendan Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki berkenaan dilaporkan diculik pada 6 Februari lalu dan seorang lelaki menghubungi keluarga mangsa serta meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Beliau berkata, hasil siasatan polis menjejaki dan menahan suspek terbabit di Teluk Intan, Perak.

“Kita tahan suspek kira-kira jam 10.30 pagi pada 11 Februari dan merampas beberapa barangan termasuk sebuah kereta, kamera, beg sandang, telefon bimbit, beg duit, kad ATM, kad pengenalan seorang wanita dan kunci kereta. – BERNAMA
“Kita percaya dengan tertangkapnya suspek, kes ini telah selesai dan suspek ditahan reman sehingga 18 Feb ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.