Kerajaan Komited Bendung Masalah Sosial Libat Remaja Melalui Pelbagai Program – Najib – Bernama


Kerajaan Komited Bendung Masalah Sosial Libat Remaja Melalui Pelbagai Program – Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited membendung masalah sosial terutama melibatkan remaja seperti ketagihan dadah, alkohol, perjudian haram dan jenayah siber melalui pelbagai program antaranya dalam bentuk kaunseling, perlindungan serta pemulihan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gejala-gejala itu perlu dibendung demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata antara langkah yang diambil adalah penubuhan Kuala Lumpur ‘Krash Pad’ (KLKP) di kawasan Chow Kit yang berfungsi sebagai tempat selamat kepada remaja di kawasan berkenaan.

“KLKP ditubuhkan bagi remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun dan selain sebagai tempat selamat, KLKP turut berfungsi sebagai tempat remaja terbabit mendapatkan bimbingan dan didikan melalui tuisyen, kelas komputer, sesi kaunseling, kelas kebudayaan serta kelas muzik.

“Buat masa ini terdapat 373 remaja telah berdaftar dengan KLKP,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Billy Abbit Joo (BN-Hulu Rajang) diDewan Rakyat, Khamis.

Billy ingin tahu berhubung langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) untuk menangani masalah ketagihan dadah, alkohol serta gejala sosial yang lain seperti perjudian haram dan jenayah siber terutama di kalangan muda-mudi di Malaysia.

Najib, yang memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat, berkata langkah lain ialah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) yang menyediakan perkhidmatan dalam bentuk institusi perlindungan danpemulihan khusus bagi remaja yang terlibat dengan masalah sosial.

Beliau berkata JKM pada masa ini mempunyai sembilan buah Sekolah Tunas Bakti, 11 buah asrama akhlak dan empat buah Taman Seri Puteri bagi remaja atau kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang terbabit dengan jenayah.

“JKM juga telah menubuhkan 142 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di kawasanberisiko seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan kepada mereka yang berumurdi bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial.

“PAKK ini dipantau oleh 131 Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak yang mana keanggotaannya terdiri daripada kakitangan agensi-agensi kerajaan seperti JKM, polis, Jabatan Kesihatan serta pemimpin masyarakat setempat,” kata Najib.

Najib berkata sebuah lagi agensi di bawah kementerian iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut melaksanakan pelbagai program dan kursus untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja.

Beliau berkata antara program tersebut adalah program Kaunseling Keluarga, Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) serta Kafe@TEEN dan Ilmu Keluarga@LPPKN.

“Program-program ini merupakan usaha pihak kementerian untuk mengukuhkan institusi keluarga serta mendidik ahli keluarga agar lebih bertanggungjawabdalam melaksanakan peranan mereka sebagai ibu bapa dan anak-anak,” katanya.

Najib berkata program itu secara tidak langsung dapat membantu menghindarkanremaja daripada terjebak dalam masalah sosial.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memperkenal program PencegahanJenayah Sekata (Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita) yang bertujuanmelaksanakan kursus keibubapaan anak remaja dan pendidikan kesihatan reproduktifremaja kepada komuniti setempat.

“Penganjurannya adalah dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan program ini merupakan salah satu usaha untuk mencegah masalah sosial,” jelasbeliau.BERNAMA

Sanggup sepak ibu bapa nak dapat duit – Berita Harian


Sanggup sepak ibu bapa nak dapat duit
Oleh Yahya Awang

2011/08/08

PELATIH Sekolah Tunas Bakti  yang berjaya mengakhiri tempoh hukuman berikrar menjadi individu baik dan berguna.

PELATIH Sekolah Tunas Bakti yang berjaya mengakhiri tempoh hukuman berikrar menjadi individu baik dan berguna.

Pelatih Sekolah Tunas Bakti kini insaf, menyesal perbuatan lampau akibat ketagihan dadah

TAIPING: “Pernah saya sepak dan pukul kedua-dua ibu bapa saya hingga jatuh apabila mereka tidak berikan wang yang saya minta. Kini saya menyesal atas perbuatan itu dan insaf termasuk tidak mahu lagi menagih dadah,” kata seorang pelatih Sekolah Tunas Bakti (STB), di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Ham, 17.

Remaja berasal dari Pendang, Kedah itu yang baru beberapa bulan dimasukkan ke STB atas kesalahan penyalahgunaan dadah berkata, beliau sedih mengenangkan perbuatannya termasuk menengking dan memarahi ibu bapanya yang kini berusia 50-an apabila tidak memberi wang diminta untuk membeli heroin kerana orang tuanya hanya penoreh getah.

“Apabila saya naik berang saya menolak dan memukul mereka. Maki hamun pula sudah tidak terkira,” katanya ketika ditemui di STB.

Menceritakan pembabitannya dalam ketagihan dadah, anak bongsu dari enam beradik itu berkata ia berpunca pergaulan dengan rakan.

Katanya, pada mulanya beliau hanya menghabiskan RM10 hingga RM15 sehari hasil wang torehan getah orang tuanya untuk membeli dadah tetapi lama-kelamaan dia terjebak pula dalam ketagihan heroin yang memerlukan RM100 hingga RM200 sehari.

“Untuk mendapatkan wang itu, saya menipu ibu bapa dengan meminta RM300 dengan alasan mahu membeli seluar berjenama mahal tetapi apabila memperoleh wang itu, saya hanya membeli seluar yang murah dan wang selebihnya digunakan untuk membeli dadah.

“Saya berjaya mendapatkan wang itu beberapa kali hingga akhirnya kedua orang tua saya tidak lagi dapat memenuhi permintaan itu menyebabkan saya marah dan memukul mereka,” katanya.
Katanya, perbuatannya berakhir apabila polis memberkasnya ketika khayal dengan dadah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah.

“Disebabkan saya masih di bawah umur, saya dimasukkan ke sekolah ini selama tiga tahun dan sehingga kini sudah berada di sini selama lapan bulan. Saya juga sudah dapat mengatasi masalah ketagihan.Sekarang saya benar-benar insaf,” katanya.