Sekolah makin padat – Sinar Harian


Sekolah makin padat

WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Julai 2013
Sekolah makin padat
Zulkefli Mohamed

RAWANG – Penduduk Bandar Tasik Puteri memohon supaya sekolah menengah kedua di bina dalam kadar segera sebagai mengatasi masalah kepadatan pelajar yang kini mencecah 2,550 orang.

Projek itu sepatutnya berjalan awal tahun namun ditunda penghujung tahun ini.

Pembinaannya dilihat perlu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang mahukan setiap sekolah mempunyai satu sesi sahaja.

Pengerusi Yang Dipertua Persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Puteri, Zulkefli Mohamed berkata, kepadatan jumlah pelajar dilihat ketara sejak lima tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, sebuah kelas kini menempatkan sekurang-kurangnya 50 pelajar dan beberapa kabin turut digunakan menampung tambahan 12 kelas.

“Pelajar kini belajar dalam keadaan tidak selesa dan guru tidak dapat memberikan perhatian penuh ke atas semua pelajar memandangkan jumlahnya yang melebihi daripada sepatutnya iaitu 30 hingga 35 orang sahaja dalam
satu kelas.

“Sekiranya pembinaan sekolah menengah kedua itu dilewatkan dibimbangi sekolah tidak mampu menampung keperluan pelajar memandangkan kawasan Bandar Tasik Puteri makin membangun,” katanya kepada Sinar Harian
ketika majlis makan amal SMK Bandar Tasik Puteri kelmarin.

Zulkefli berkata, dalam majlis tersebut, pihak PIBG menyasarkan kutipan dana sekurang-kurangnya RM60,000 melalui penjualan meja untuk digunakan dalam akademik pelajar-pelajar.

“PIBG banyak mengeluarkan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan serta saban tahun membeli meja dan kerusi tambahan berikutan pertambahan pelajar selain pembinaan kantin sekolah,” katanya.

Seorang ibu pelajar, Dayang Nafisah Adnin,40, berkata, pembinaan sekolah baru itu diharapkan dapat disegerakan sebagai memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dalam proses pembelajaran.

“Kami tiada pilihan kerana hanya mempunyai sebuah sekolah di sini dan tidak boleh terlalu bersikap mendesak sekiranya pencapaian anak-anak kurang memberangsangkan memandangkan kepadatan pelajar.

Projek pembinaan sekolah itu perlu disegerakan memandangkan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk siap dan dalam tempoh itu sekolah ini akan berterusan menghadapi masalah kepadatan pelajar,” katanya.

Nurul Dahyatul Fazlinda impikan wajah cantik seperti orang lain – Utusan


Nurul Dahyatul Fazlinda impikan wajah cantik seperti orang lain

HULU TERENGGANU 3 Jan. – Meskipun detik hitam yang menyebabkan mukanya berparut akibat simbahan asid bapa sendiri sudah dua tahun berlalu namun Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 11, tetap memasang impian mempunyai wajah cantik seperti orang lain.

Nurul Dahyatul Fazlinda yang kini melangkah ke alam remaja berharap sekurang-kurangnya parut di mukanya tidak lagi ketara dan akan beransur lenyap kelak.

“Saya nak cantik macam dulu, kalau boleh nak cantik macam kawan-kawan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setar, dekat sini hari ini.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, walaupun telah menjalani pembedahan bagi memulihkan semula wajahnya dia masih berasa gatal-gatal di seluruh mukanya sepanjang waktu.

Bagaimanapun katanya, masalah itu tidak menghalangnya untuk meneruskan sesi baharu persekolahan Selasa lalu seperti murid lain.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130104/dn_12/Nurul-Dahyatul-Fazlinda-impikan-wajah-cantik-seperti-orang-lain#ixzz2GzYxtobG
© Utusan Melayu (M) Bhd