KSSR tingkat kualiti murid – Metro


KSSR tingkat kualiti murid

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Putrajaya: Transformasi kurikulum persekolahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mampu menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekal dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Malah KSSR yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan murid tahun satu dirangka dapat membangunkan modal insan holistik, berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Dr Azian TS Abdullah berkata, pelaksanaan KSSR juga akan lebih menekankan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat serta komunikasi yang diajar secara eksplisit kepada murid.

 

“Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM melakukan penanda aras dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. “Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa,” katanya.
Beliau berkata, peranan guru pula adalah memastikan semua Elemen Merentas Kurikulum (EMK) diterapkan secara efektif dalam melahirkan insan yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.
Justeru katanya, murid yang mengikuti KSSR akan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selain menjadi warga negara yang bertanggungjawab serta boleh berperanan di arena global.

 

Azian berkata, KSSR juga dilihat dapat menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
“Kita mampu melahirkan ramai murid dan pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan pusat namun apabila menduduki peperiksaan antarabangsa seperti Programme For International Student Assesment (PISA), kebanyakannya gagal mendapat keputusan yang baik.

 

Katanya, sekiranya kita laksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan betul serta berkesan beliau yakin semua murid berpotensi boleh mengembangkan bakat mereka lebih jauh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

SEMINAR HALA TUJU SEKOLAH SENI MALAYSIA


SEMINAR HALA TUJU SEKOLAH SENI MALAYSIA

15 May 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Seminar Hala Tuju Sekolah Seni Malaysia akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 29-30 Mei 2013

Tempat : Panggung Eksperimen, University Malaya

Tema Seminar : ” Sekolah Seni Malaysia – Penjana Pewaris Budaya Bangsa”

Antara Objektif Seminar

i. Memberi peluang kepada sarjana untuk menjana idea-idea tentang hala tuju Dasar Kesenian Negara

ii. Mengetengahkan dan mencari pandangan baru bagi memantapkan kurikulum kesenian Sekolah Seni Malaysia (SSeM) selari dengan perkembangan Dasar Kesenian Negara

iii. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebolehpasaran dan keusahawanan murid lepasan SSeM dalam Industri Kesenian Negara.

iv. Mewujudkan platform kepada guru dan tokoh akademik serta penggiat seni untuk berinteraksi dan mewujudkan jaringan kebangsaan.

 

Untuk dapatkan jadual pembentangan kertas sila klik link dibawah.

 

Jadual Pembentangan Kertas

Maklumat Seminar

 

Sekian Terima kasih