Pelajar kita jaguh Matematik – Berita Harian


Pelajar kita jaguh Matematik
03:12:35 AM Zanariah Abd Mutalib | zanariah@bharian.com.my Cetak Emel Kawan

Dari kiri; Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu, Anzo dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat yang dimenangi sejurus tiba di KLIA, Sepang, kelmarin.
Kemenangan pertandingan IMO bukti mampu bersaing

Sepang: “Kemenangan ini bukti pelajar Malaysia mampu bersaing dalam bidang Matematik pada peringkat antarabangsa,” kata How Si Yu, 17, pemegang pingat perak dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) 2012.

Beliau antara enam pelajar sekolah menengah dari Malaysia yang menyertai pertandingan Matematik berprestij berlangsung di Mar del Plata, Argentina antara 4 hingga 16 Julai lalu.
Si Yu dan kembarnya, Si Wei; Tham Ying Hong, 17; Anzo Teh Zhao Yang, 16; Justin Lim Kai Ze, 16 dan Muhammad Afiq Noorman, 17, menggondol dua pingat perak, tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat.

Si Yu, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, Subang Jaya, berkata minat mendalam selain semangat bersaing dengan abangnya mendorong kejayaan beliau dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Tham, 17, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, berkata pertandingan itu adalah yang terakhir selepas menyertainya empat tahun berturut-turut.

“Saya berjaya membawa pulang tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat. Saya gembira kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Mahu lanjut pelajaran

“Selepas ini saya merancang melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik di luar negara,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin.

Muhammad Afiq, 17, pelajar SMK Sultan Badlishah, Kulim, berkata pengalaman pertama memasuki IMO begitu bermakna bagi beliau selepas lebih dua tahun berusaha cuba menempat kan diri mewakili Malaysia.

“Ia bukan mudah. Namun, saya tetap berusaha kerana percaya boleh melakukannya berdasarkan kejayaan meraih gangsa dalam satu pertandingan Matematik antarabangsa di Hong Kong lima tahun lalu,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa IMO 2012 Malaysia, Prof Arsmah Ibrahim, berkata IMO yang menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah algebra, geometri, teori nombor dan kombinatorik, semakin diminati dalam kalangan pelajar tempatan.

Makluman Jadual Penerbangan bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS)


Makluman Jadual Penerbangan bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS)

Maklumat penerbangan bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) kuatkuasa penempatan 16 Januari 2012.

Tarikh penerbangan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tarikh

Dari

Ke

16 Januari 2012 Sabah/Sarawak/WP Labuan Semenanjung
17/18/19 Januari 2012 Semenanjung Sabah/Sarawak

 

SEMUA GURU PERLU BERADA 2 JAM LEBIH AWAL SEBELUM WAKTU PENERBANGAN BERLEPAS.

MAKLUMAT TAMBAHAN :

Makluman kepada guru-guru baru sekolah rendah yang akan ditempatkan ke Sabah dan Sarawak:

1. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak Pada 17 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 16 Januari 2012 sebelum jam 5 petang.

2. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak pada 18 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 17 Januari 2012 sebelum jam 5 Petang.

3. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak pada 19 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 18 Januari 2012 sebelum jam 5 Petang.

Sila muat turun lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

PERINGATAN :Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi :

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Rendah)
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

URL: http://www.moe.gov.my/bpsh

Kaunter Aras 3 : 03-88849586
Kaunter Aras 4 : 03-88849370
Fax : 03-88849315