IKLAN KEKOSONGAN GURU DI SEKOLAH INTEGRITI DAN SEKOLAH HENRY GURNEY
01 April 2013
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney seperti lokasi berikut :-
- Sekolah Integriti Kajang
- Sekolah Integriti Muar
- Sekolah Integriti Kluang
- Sekolah Integriti Kota Kinabalu
- SHG Melaka
- SHG Keningau
Sila klik di sini dan di sini untuk maklumat lanjut.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-
- Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:
PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
ARAS 2, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
- Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2013 .
CATATAN: Hanya calon-calon yang layak sahaja selepas tapisan akan ditempatkan ke Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney berkenaan. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas Tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Like this:
Like Loading...