KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai – Bernama


KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai

IPOH: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam perlu turun padang untuk memantau sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan pegawai merekakepada rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga dapat menyelami sekali gus menyelesaikanmasalah yang dihadapi pegawai-pegawai agar ia tidak menjejaskan tugas merekadalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Ketua-ketua jabatan perlu mengunjungi pejabat masing-masing dari peringkatkementerian sehingga ke akar umbi sebagai menunjukkan tanggungjawab merekakepada pegawai untuk menegur yang mana perkhidmatan mereka (pegawai) berikanperlu diperbaiki.

“Mereka juga (ketua) perlu mengucapkan tahniah kepada pegawai yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti yang kita tahu terdapat agensikerajaan yang menawarkan perkhidmatan awam bertaraf dunia,” katanya ketikaberucap pada majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya PerkhidmatanAwam Malaysia (SPAM) di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi SPAM Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Perak Datuk Kamarudzaman Mahmud.

Katanya, aktiviti turun padang ini selaras dengan konsep yang ditonjolkanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjalankan sesibertemu rakyat dan patut dicontohi oleh ketua jabatan dan agensi perkhidmatanawam.

“Sebagai penjawat awam kita bukan setakat makan gaji tetapi cuba untukmemberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan menjalankan tugas yangbaik seolah-olah kita buat sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri,”katanya.

Selain itu, katanya perkhidmatan awam juga perlu melaksanakan transformasiminda, memantapkan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan rakyat kepadasemua pelanggan yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia “RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Pelanggan sudah pasti mempunyai pelbagai kerenah…layanlah pelangganmasing-masing dengan sebaiknya dengan memastikan perkhidmatan yang disediakansentiasa disenangi dan memuaskan hati pelanggan,” katanya.

Mengenai persidangan selama empat hari itu bermula 1 Okt lepas, beliau berkata dalam membincangkan dan mengkaji mana-mana dasar atau peraturan yang sudah lapuk atau tidak sesuai lagi untuk digantikan atau ditambah baik, anggota SPAM perlu membuat penilaian berdasarkan justifikasi, berimpak tinggi, mempunyai nilai untuk wang serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara. BERNAMA