Jerebu: Sekolah di tiga daerah di Selangor diarah tutup – Utusan


Jerebu: Sekolah di tiga daerah di Selangor diarah tutup

 

SHAH ALAM 25 Jun – Jabatan Pendidikan Selangor hari ini mengumumkan penutupan sekolah di tiga lagi daerah di negeri ini selepas Pelabuhan Klang semalam susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi 250 berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, tiga daerah terbabit ialah Kuala Langat yang melibatkan 71 buah sekolah diikuti Kuala Selangor (91 buah) dan Petaling Perdana sebanyak 132 buah sekolah. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_28/Jerebu-Sekolah-di-tiga-daerah-di-Selangor-diarah-tutup#ixzz2XDpXfWkZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

61 pelajar diserang histeria – Metro


61 pelajar diserang histeria

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUNCA...kerja pembersihan hutan di belakang sekolah terbabit yang didakwa menyebabkan kejadian serangan histeria.
PUNCA…kerja pembersihan hutan di belakang sekolah terbabit yang didakwa menyebabkan kejadian serangan histeria.

KUALA LANGAT: Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari, semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.

Kejadian bermula apabila seorang perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut ‘dijangkiti’ histeria.

Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.

Seorang pekerja sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.

 
Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.

Kanak-Kanak mati lemas jatuh lombong – Sinar Harian


Kanak-Kanak mati lemas jatuh lombong

NURUL FIRDAUS KHAIRI
16 April 2012

KUALA LANGAT  – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam bekas lombong di Bukit Tadom Labuhan Dagang di sini, semalam.

Mangsa, dipercayai kanak-kanak Orang Asli, sedang bermain dengan dua lagi rakannya sebelum terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang semalam dan mayat mangsa berjaya ditemui 30 minit kemudian dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Mangsa  di bawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat. Kejadian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin  turut menasihati ibu bapa  memantau aktiviti  anak-anak supaya kejadian seumpama itu tidak berlaku.