Remaja dakwa diseterika bapa
Seremban: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di sini, cedera dipercayai didera bapanya menggunakan seterika dalam kejadian di rumah mereka di Kuala Sawah, Jumaat lalu.
Kejadian itu disedari guru pelajar berusia 14 tahun itu yang melihat kesan lecur di muka dan badannya.
Pelajar terbabit kemudian mengaku dia sering didera bapanya yang juga seorang pemandu lori berusia 50-an.
Sumber berkata, guru pelajar itu kemudian merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menghubungi polis bagi membolehkan remaja berkenaan mendapatkan rawatan.
Katanya, mangsa yang kini trauma dengan kejadianberkenaan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
“Sebaik menerima laporan, polis telah memburu suspek sebelum menahannya di rumah. Suspek kini ditahan reman untuk tindakan lanjut sebelum didakwa di mahkamah esok (hari ini),” katanya.