PEMAKLUMAN PROGRAM PENILAIAN KHAS ZON SARAWAK BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN PROGRAM PENILAIAN KHAS ZON SARAWAK BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012

Sesi penilaian khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012 akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mulai 19 Mac 2013. Program Penilaian Khas pertama akan dijalankan pada tarikh tersebut bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. Graduan juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Maklumat mengenai tarikh dan lokasi Program Penilaian Khas bagi zon-zon lain akan dimaklumkan di portal Suruhanjaya dari semasa ke semasa. Senarai graduan yang perlu menghadiri program di Sarawak boleh disemak di sini :

                                                           1. Senarai Peserta PPK Zon Sarawak (IPGM)

 2. Senarai Peserta PPK Zon Sarawak (IPTA)

Muat naik pada 14 Mac 2013

 

Anak istimewa ialah satu ‘Anugerah’ – Bernama


Anak istimewa ialah satu ‘Anugerah’

15 Oktober 2012

KUALA LUMPUR – Menurut pakar dan kaunselor kanak-kanak, ibu bapa beranggapan mereka mempunyai masa hadapan yang sukar, penuh dengan ranjau dan kemurungan bila mendapat tahu anak mereka yang baru dilahirkan disah sebagai ‘kurang upaya’.

Pakar dan kaunselor kanak-kanak ini menyatakan bahawa ibu bapa pasti akan ‘hilang punca’, tidak tahu apa perlu dibuat selain mengalami tekanan bila mengetahui anak mereka mempunyai masalah berkenaan.

Tetapi kajian yang dijalankan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa mendapati walaupun episod awalnya adalah agak sukar, ibu bapa ini boleh bahagia seperti keluarga lain yang mempunyai anak normal.

“Perkara pertama yang perlu dibuat ialah padamkan perasaan negatif dalam diri. Selepas beredarnya kemurungan pada peringkat awal, perjalanan (kehidupan) yang akan dilalui akan menjadi lebih jelas dan mudah,” kata pakar fisioterapi Ida Yasmine Ahmad.

“Pada mulanya setiap keluarga akan mengalami cabaran mengenai masalah anak kurang upaya tetapi kemudian seperti menerima anak itu sebagai satu anugerah.

“Anggota keluarga akan jadi lebih rapat, lebih menyayangi, sabar dan punya lebih rasa simpati,” jelas beliau.

Ida Yasmine, yang berasal dari Kuching, Sarawak ialah seorang daripada pakar fisioterapi di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC) di Petaling Jaya dekat sini. Beliau berkelulusan dari Kolej Universiti Mahsa Kuala Lumpur.

KEKAL POSITIF

“Kekalkan sikap positif dalam diri anda selain menyimpan harapan yang realistik.

“Jangan membebankan diri anda dengan fikiran negatif. Memang sudah satu perkara biasa bagi ibu bapa memikirkan masa depan anak istimewa mereka tetapi jika bersikap terlampau memikirkan perkara itu sehingga mendatangkan satu keresahan, ia akan mengabui apa-apa perancangan atau keputusan mengenai masa depan anak itu,” jelas beliau.

“Jangan sekali-kali dan elakkan daripada membanding anak kelainan upaya dengan anak (normal) yang lain. Dia akan membesar dan belajar mengikut keupayaannya sendiri. Ibu bapa perlu kekalkan objektif mereka secara realistik,” jelas Ida Yasmine kepada penulis yang mempunyai seorang anak kelainan upaya di KDSF-NC.

Katanya setiap ibu bapa mengharapkan kelahiran anak yang normal yang sihat.

“Ibu bapa mungkin mengalami kekecewaaan yang akut bila mendapat tahu anak mereka kelainan upaya atau cacat mental. Mereka tidak boleh menerima, marah, kesal dan rasa bersalah.

“Jangan rasa malu kerana reaksi seperti ini adalah normal. Satu jangkamasa untuk meluahkan rasa kesedihan adalah satu proses semulajadi bagi penyesuaian. Ketika ini pasangan anda adalah sumber kekuatan.

“Saat mengetahui anak anda mempunyai kelainan upaya adalah satu ketika yang agak traumatik. Tetapi anda perlu sensitif kepada pelbagai sudut bagaimana menyesuailkan diri dengan keadaan ini,” kata beliau.

Ida Yasmine menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya agar menyesuaikan hidup harian mereka kepada satu situasi yang baru di mana setiap cabaran akan dapat dilalui dengan lebih mudah bila ibu bapa memberi kasih sayang kepada anak.

KEYAKINAN DIRI

“Anak kelainan upaya memerlukan keyakinan diri ibu bapanya. Terimalah anak anda seadanya. Berikan segala kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi bagi dirinya. Sayangi mereka kerana dirinya dan bukan kerana apa yang mereka dah capai.

“Masa kini dan masa depan adalah penting bagi anak itu.

“Ia satu keutamaan bagi anda menerima dan memenuhi keperluannya. Dengan cara ini anda akan dapat memberikannya sokongan emosi dan pembelajaran. Jika berfikiran negatif, situasi akan bertambah teruk,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa seharusnya berasa bangga dengan pencapaian anak kelainan upaya mereka.

“Fokus terhadap apa yang anak itu boleh buat dan bukan terhadap perkara yang dia tidak boleh buat. Galakkan anak itu mengenali keupayaan dirinya dan membina keyakinan diri yang sihat.

“Tingkatkan kefahaman serta kasih sayang dalam kalangan adik beradik anak itu. Bagi anak yang mempunyai adik beradik dari kelainan upaya akan menempuh cabaran yang berlainan. Mereka perlu sensitif terhadap kehadiran adik beradik mereka yang kurang upaya.

“Berikan yang terbaik bagi mereka memahami kelainan upaya adik beradiknya. Ajar mereka membantu adik beradik dan bincang bagaimana hendak uruskan ketika berhadapan dengan situasi yang sukar,” nasihat Ida Yasmine.

Setiap anak sama ada yang normal atau kelainan upaya adalah unik dan mereka memerlukan kasih sayang, semangat dan sokongan dari ibu bapa.

“Sebagai ibu bapa, kenalilah cabaran dan peluang di hadapan anda kerana anak kelainan upaya adalah satu anugerah,’ katanya lagi. – Bernama

Calon PMR yakin berbahasa Inggeris – Berita Harian


Calon PMR yakin berbahasa Inggeris

Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
amifaiz@bharian.com.my
2012/05/10

Nurul Afizah

Nurul Afizah

“HADIAH paling istimewa sebelum pemergian ibu tersayang adalah pencapaian 5A dalam UPSR,” kata Nurul Afizah Mohd Khaidir,15, yang kematian ibu sejak dua tahun lalu ketika melahirkan adiknya.

Nurul Afizah yang sentiasa kelihatan tenang berkata, walaupun tanpa orang disayangi, dia teruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan bergelar pelajar cemerlang di sekolahnya.

Dia yang ditemui ketika menghadiri Seminar Kecemerlangan PMR yang diadakan kerjasama Tabung Haji dan Berita Harian, baru-baru ini, berkata peluang itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan pemahaman bagi subjek bahasa Inggeris.

“Selain subjek berkenaan, mata pelajaran kritikal seperti Sains dan Matematik juga diajar dengan baik selain diberikan tip menjawab soalan, penekanan kawalan emosi dan mental ketika menghadapi peperiksaan.

“Peserta tidak dikenakan bayaran, tambah pula saya ahli Kelab Tabung Haji (TaHa) turut menikmati kelebihan ini,” katanya ketika ditemui di Petra Jaya, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Beliau berkata, kepetahan fasilitator berbicara dengan disertai unsur kelakar memberikan pengalaman menyeronokkan dan kesempatan mengikuti seminar itu menjadikannya dapat bertutur bahasa Inggeris dengan betul.

“Pada seminar ini, peserta diajar berkomunikasi dengan betul mengikut tatabahasa yang tepat,” katanya.
Nurul Afizah, pelajar di Kolej Abdillah, Siol Kandis, berkata pembacaan material dalam Bahasa Inggeris adalah strategi berkesan memantapkan kemahiran itu.

“Semua bahan bacaan berkaitan antaranya, akhbar, buku, risalah, majalah mahupun iklan memberi peluang kepada kita menguasai bahasa itu,” katanya.

FESTIVAL HARI GURU 2012


FESTIVAL HARI GURU 2012

Salam sejahtera daripada Utusan Melayu (M) Berhad.
Sukacita dimaklumkan Utusan Melayu (M) Berhad melalui Unit Pendidikan Utusan Malaysia telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menganjurkan Festival Hari Guru yang berkonsepkan 1 Pendidikan 1 Malaysia sempena meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Butiran penganjuran adalah seperti berikut:

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan mengambil peluang ini sebagai pempamer atau rakan acara dengan  membuat tempahan awal dengan membeli gerai pada kedudukan yang lebih strategik.   Sebagai timbal balas, pihak Utusan Malaysia akan memberi publisiti akhbar kepada syarikat/agensi tuan.

+ Lihat pakej yang disediakan

Jika anda berminat dan ingin membuat sebarang pertanyaan. Boleh hubungi pihak urusetia:

ENCIK FAUZI
0195716282
PUAN FARNIDA
0162338954
TELEFON
03-92217055       ext 138
FAX
03-92212053
BORANG
INFO FESTIVAL
Festival Hari Guru 2012 menampilkan konsep pertautan antara ilmu dan pembangunan modal insan. Komponen aktiviti sepanjang tempoh pameran adalah seminar, forum, bengkel, ekspo, peraduan, pertandingan, pertunjukan, demonstrasi dan sebagainya yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat. BACA INFO PENUH
GALERI GAMBAR
Gambar sekitar Festival Hari Guru 2011 di Kuching, Sarawak.
INFO HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. PENGENALAN | OBJEKTIF | IKRAR | SAJAK | LAGU | TEMA
FACEBOOK
Ikuti perkembangan Festival Hari Guru 2012 menerusi facebook