Anak cedera terkena peluru pistol bapa – Bernama


Anak cedera terkena peluru pistol bapa

2013/03/30 – 15:56:26 PMCetakEmel Kawan
MIRI: Seorang kanak-kanak cedera dibahu akibat terkena peluru dari pistol bapanya di flat Kem Batalion 12, Pasukan Gerakan Am di sini semalam.

Peluru tersebut menembusi bahu kanan kanak-kanak lelaki berusia lapan itu dan keadaannya dilapor stabil di Hospital Miri.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata tanpa alasan yang sah dan menambah siasatan dalaman juga akan dilakukan.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang juga bertugas sebagai pemandu baru sahaja pulang dari Kuching selepas menyertai operasi di Lahad Datu.

Bapa mangsa singgah sebentar flat itu untuk menghantar barang-barangnya.

“Siasatan awal mendapati ketika bapa mangsa sedang melompat turun dari lorinya, pistol yang terselit di pinggangnya tersangkut di lori dan menyebabkan terlepas tembakan ke arah mangsa yang sedang berada berhampiran,” katanya.

Mun berkata, kanak-kanak tersebut lalu dihantar bapanya ke hospital. – BERNAMA

Irene, Pelajar Cemerlang SPM SMK Desa Kencana Felda Sahabat Dapat 10 A – Bernama


Irene, Pelajar Cemerlang SPM SMK Desa Kencana Felda Sahabat Dapat 10 A

LAHAD DATU: Irene Scully Tawan, 17, pelajar Sek Men Keb Desa Kencana Felda Sahabat di sini memperoleh keputusan cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia dan terpaksa meraikannya ketika tinggal sementara di Masjid Rahman Kembara Sakti, di sini.

Dia bersama ibu bapa dan dua adik lelakinya meninggalkan rumah mereka semalam atas faktor keselamatan berikutan ancaman pengganas militan dari selatan Filipina dan tinggal sementara di masjid tersebut, 3km dari rumahnya.

Irene yang bercita-cita menjadi doktor hanya dapat mengambil keputusan SPM di sekolahnya pagi tadi dengan ditemani oleh ibu bapanya.Menurut beliau, gurunya telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu semalam tetapi beliau hanya dapat mengambilnya pagi Jumaat.

Mengenai rahsia kejayaannya itu, Irene ketika ditemui di masjid tersebut berkata sikapnya yang suka bersaing antara faktor utama mendorong kejayaannya. –BERNAMA

Tindakan tatatertib serta-merta – Utusan


Tindakan tatatertib serta-merta

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
utusansabah@utusan.com.my

Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara menderma untuk Tabung Wira Negara pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di Putrajaya, semalam.

LAHAD DATU 15 Mac – Mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah menghina pasukan keselamatan akan diambil tindakan tegas termasuk dikenakan tindakan tatatertib serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menegaskan pihaknya langsung tidak akan berkompromi terhadap tindakan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab itu.

“Nasihat saya kepada penjawat awam, jangan sebarkan maklumat palsu yang tidak sahih dan janganlah hendak cuba menjadi orang yang menyebarkan maklumat seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat tentang keadaan pencerobohan di Lahad Datu di sini hari ini.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130316/dn_15/Tindakan-tatatertib-serta-merta#ixzz2Neyt56ih
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sekolah di Lahad Datu dan Semporna dibenarkan untuk terus ditutup – Berita Harian


Sekolah di Lahad Datu dan Semporna dibenarkan untuk terus ditutup

2013/03/10 – 17:23:39 PMCetakEmel Kawan
Batu Pahat: Sekolah yang terbabit dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dibenarkan untuk terus ditutup sekiranya warga sekolah dan ibu bapa masih bimbang dengan situasi di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata langkah itu bagi meredakan tekanan dan kebimbangan yang dihadapi pelajar, guru serta ibu bapa. “Semua 49 sekolah di Semporna dan lapan di Lahad Datu sepatutnya dibuka semula mulai esok (Isnin) tetapi pihak sekolah dibenarkan untuk menutupnya sehingga keadaan reda jika masih wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa dan guru.

“Pihak sekolah perlu berbincang dan memaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) jika merasakan sekolah masing-masing masih perlu ditutup tetapi ia perlu diganti,” katanya selepas merasmikan program khidmat komuniti MyBAKTI di Kolej Komuniti Batu Pahat, di sini, semalam.

Sekolah di Semporna dibuka Isnin – Bernama


Sekolah di Semporna dibuka Isnin

 

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kesemua 49 sekolah di daerah Semporna, melibatkan 40 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah yang ditutup sementara ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka sepenuhnya Isnin ini, kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame Alip.

Bagi lapan sekolah yang terlibat di Lahad Datu pula, Jame berkata, keputusan sama ada membuka semula sekolah atau sebaliknya akan ditentukan hari ini selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.

Beliau berkata, satu mesyuarat khas kumpulan kerja keselamatan negeri Sabah akan diadakan hari ini di Kota Kinabalu bagi mengetahui jaminan keselamatan di sekitar sekolah yang terlibat. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130309/dn_21/Sekolah-di-Semporna-dibuka-Isnin#ixzz2N3D7TtsI
© Utusan Melayu (M) Bhd

57 sekolah di Lahad Datu, Semporna dibuka Isnin depan – Bernama


57 sekolah di Lahad Datu, Semporna dibuka Isnin depan

SEMPORNA 8 Mac – Lima puluh tujuh sekolah yang kini ditutup sementara di Lahad Datu dan Semporna ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka Isnin depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Namun sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan sekolah terbabit bergantung kepada nasihat dan maklumat keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.

“Sekiranya MKN memberitahu kesemua sekolah selamat untuk diduduki semula maka kita akan buka semula,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Azis Sarikon, antara perwira negara yang terkorban pada 2 Mac lalu dalam insiden pencerobohan pengganas di Semporna.

Mohd. Puad berkata, penutupan sekolah terbabit melibatkan cuti berganti di mana pihak sekolah perlu menggantikan sesi persekolahan apabila keadaan pulih bagi mengelakkan proses pembelajaran terjejas.

Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan pasukan keselamatan bagi menempatkan beberapa anggota polis di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

“Ibu bapa tidak perlu risau berhubung keselamatan anak mereka sekiranya sekolah dibuka, kerana pasukan keselamatan ada ditempatkan di kawasan sekolah tersebut,” katanya.

Lapan sekolah yang masih ditutup di daerah Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Lok Buani, SK Sahabat 14, SK Cenderawasih, SK Fajar Harapan, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Di daerah Semporna, 49 buah sekolah masih ditutup, melibatkan 40 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah.

Beliau juga berkata, pihaknya berbincang dengan pihak keselamatan untuk memberikan kawalan kepada guru yang bertugas di kawasan berisiko.

Terdahulu, Mohd. Puad menyampaikan sumbangan berjumlah RM36,486.15 hasil kutipan daripada Kolej Matrikulasi di Malaysia kepada keluarga Allahyarham. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130308/dn_45/57-sekolah-di-Lahad-Datu-Semporna-dibuka-Isnin-depan#ixzz2MviEVnyl
© Utusan Melayu (M) Bhd

‘Mak, abah mana?’ – Metro


‘Mak, abah mana?’

 131  5 Google +0  1  0

Semporna: “Mak, abah mana? Abah kerja kan? Kenapa mak menangis?”

Kata Mohd Aiman Hakimi, 7, anak kesayangan arwah Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, sambil meminta ibunya membuka pintu bagi menjemput kepulangan bapanya kerana dia menyangka bapanya masih hidup.
Sitti Banddorah Mahalil, 39, berkata anaknya itu yang tidak sihat sejak empat hari lalu, sering bertanya kepadanya di mana bapanya.

 

“Malam tadi (kelmarin) dia tarik-tarik baju, tunjuk pintu dan mengatakan abahnya ada di bawah (rumah).
“Dia (Mohd Aiman) tanya saya mana abahnya, dia cakap lagi ‘abah tidak ditembakkan?’. Saya tidak mampu berkata apa-apa, tetapi bagi mengambil hatinya dan meredakan persoalannya, saya beritahu, ‘tak’ (tidak kena tembak),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pelangi di sini, semalam.
Abdul Aziz antara enam pegawai dan anggota yang terbunuh akibat serang hendap kumpulan penceroboh Filipina di di Kampung Sri Jaya Simunul di sini, Sabtu lalu.

 

Sambil mengesat air matanya, Sitti Banddorah berkata, dia reda dengan pemergian suaminya dan menganggapnya sebagai wira negara.
“Saya kini perlu tabahkan diri untuk meneruskan hidup selepas kehilangan suami itu dan berharap serangan penceroboh dapat ditangani segera.

 

“Saya tidak mahu lagi melihat anak kecil kehilangan bapa seperti anak saya,” katanya dengan nada pilu.
Mengenai operasi besar-besaran pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sitti Banddorah berharap ia akan menyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan pengganas Sulu di negeri ini.
“Cukuplah dengan apa yang berlaku. Tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang.
“Berat untuk dipikul apabila menghadapi kehilangan begini, perasaan keluarga dan anak cukup berat menghadapinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Tiga sekolah di Lahad Datu dibuka semula – Bernama


Tiga sekolah di Lahad Datu dibuka semula

LAHAD DATU 7 Mac – Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

Menurut laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, lapan sekolah lagi masih tertakluk kepada arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Lapan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu mendapati keadaan tenang dan terkawal dengan kedai-kedai beroperasi seperti biasa manakala orang ramai keluar menyelesaikan urusan masing-masing. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130307/dn_40/Tiga-sekolah-di-Lahad-Datu-dibuka-semula#ixzz2MrnVJwTw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Upah RM5 minta pijak belakang sebelum cabul – Metro


Upah RM5 minta pijak belakang sebelum cabul

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing mengambil kesempatan mencabul gadis berusia 10 tahun selepas meminta gadis itu memijak belakang badannya dengan bayaran RM5, dalam kejadian di rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10, di sini, kelmarin.

Perbuatan suspek berusia 23 tahun terbongkar apabila gadis itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya, jam 2 petang.
Terkejut dengan keadaan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital sebelum membuat laporan polis.

 

Susulan laporan itu, sepasukan polis menjalankan operasi dan menahan suspek di rumahnya beberapa jam selepas kejadian itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Ang Seow Aun berkata, suspek warga Timor Leste ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berjalan kaki seorang diri disapa suspek ke rumahnya sebelum diminta memijak belakang badannya dengan upah RM5.

 

 

“Kesempatan itu digunakan suspek untuk mencabul mangsa yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan pada hari sama, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa cabul, juga oleh seorang lelaki warga asing di rumah kongsi Ladang Felda Sahabat 48.

 

“Dalam kejadian kedua jam 7 malam, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar rumah sebelum suspek berusia 25 tahun menghampiri mangsa lalu mengheretnya ke rumah kongsi.
“Namun, perbuatan suspek disedari jirannya yang kebetulan berada di tingkap rumahnya lalu memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan polis,” katanya.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan suspek di rumahnya jam 11 malam, pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19

Kanak-kanak perempuan rentung, rumah kongsi terbakar – Utusan


Kanak-kanak perempuan rentung, rumah kongsi terbakar

LAHAD DATU 14 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun rentung manakala seorang lelaki melecur di badan apabila rumah kongsi yang mereka diami terbakar di Ladang Felda Sahabat 50, Tungku di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd. Apandi Mahmood berkata, mangsa, Mariani Baso dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas terhidu asap tebal dalam kejadian pukul 9.30 malam itu.

“Selepas api dipadamkan, pasukan kami menemui mayat kanak-kanak perempuan terbabit dalam timbunan kayu yang terbakar di pintu pertama rumah kongsi tersebut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki mengalami kecederaan akibat melecur di bahagian badan.