MAKLUMAN PERPINDAHAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


MAKLUMAN PERPINDAHAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

28 February 2013

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa English Language Teaching Centre, Kementerian Pelajaran Malaysia (ELTC) yang sedang beroperasi di Blok Menara IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan rasminya akan berpindah ke kampus barunya di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan bermula 4 Mac 2013 (Isnin).

3.         Sehubungan itu, sebarang surat-menyurat serta perhubungan dengan pegawai ELTC boleh dibuat dengan menghubungi alamat serta nombor telefon seperti ketetapan berikut:

Alamat baru               : English Language Teaching Centre

Kementerian Pelajaran Malaysia

Lebuh Enstek

Kompleks Pendidikan Nilai

71890 LABU, NEGERI SEMBILAN

Talian Telefon           : 06-7979000

Talian Faks                : 06-7979113/06-7979114

 

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pelajaran tawar jawatan guru cemerlang dan pensyarah cemerlang – Bernama


Kementerian Pelajaran tawar jawatan guru cemerlang dan pensyarah cemerlang

KUALA LUMPUR 2 Mei – Kementerian Pelajaran menawarkan pengisian jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara khas untuk penyandang (KUP) tahun 2012.

Tawaran pensyarah cemerlang terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) manakala tawaran guru cemerlang pula terbuka kepada semua guru sekolah.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, gred jawatan yang ditawarkan pada guru sekolah adalah gred DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Khas C.

Sementara itu, pensyarah IPG dan IAB membabitkan gred DG48, DG52, DG54, Khas C, gred bagi pensyarah KM ialah DG48, DG52, DG54 manakala gred yang ditawarkan pada pensyarah ELTC adalah DG44, DG48, DG52 dan DG54.

“Borang permohonan serta maklumat lanjut boleh didapati dari semua Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta menerusi laman web http://www.moe.gov.my/jnjk atau http://www.moe.gov.my ,” menurut kenyataan itu.

 

Tarikh tutup permohonan 25 Mei. Permohonan dari sekolah perlu melalui Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing, manakala permohonan dari IAB, KM, ELTC dan IGP adalah melalui Pengarah institusi masing-masing.- BERNAMA