Beri input DNPN – Metro


Beri input DNPN

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Orang ramai diharap mengambil peluang sesi jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) bagi memberi input yang boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Objektif kajian semula itu adalah untuk mengenal pasti aspirasi sistem pendidikan Malaysia selain mewujudkan garis dasar prestasi iaitu menyelidik bagaimana kelancaran sistem penyampaian pendidikan dan prestasi pelajar Malaysia dibandingkan negara lain.
Ia juga bertujuan memahami pemacu utama prestasi pelajar; mengenal pasti bidang keutamaan bagi pembangunan seterusnya dan membuat syor untuk transformasi. Menurut laman web edureview selain sesi dialog dan ‘townhall’ yang dilaksanakan di semua negeri, orang ramai boleh menyalurkan pendapat dan kritikan menerusi laman web http://www.edureview.my. Ini kerana pendidikan adalah hak rakyat dan sewajarnya suara mereka diambil kira dalam perancangan dasar pendidikan. Laman web berkenaan juga memaklumkan bahawa matlamat akhir DNPN adalah mendapatkan input daripada segenap lapisan masyarakat berkaitan pendidikan, khasnya beberapa aspek penting yang dikenal pasti mempunyai hubungan dan kesan terus kepada pencapaian pelajar. DNPN merangkumi empat kaedah iaitu perhimpunan awam merentasi setiap negeri di Malaysia (townhalls); Forum kumpulan berfokus (stakeholder forums); Kemukakan idea secara bertulis (survey) kebangsaan komprehensif.

 

Kali terakhir kajian sistem pendidikan negara dilakukan pada 1956 dan 1960 hingga terhasilnya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Laporan Penilaian Sistem Pendidikan Negara (LPSPN) pada penghujung Mac lalu pula menjadi input penting kepada penyediaan pelan induk dan pelan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagaimanapun, LPSPN bukanlah satu-satunya punca input lengkap untuk penyediaan pelan induk sistem pendidikan negara itu, sebaliknya pandangan dan input komprehensif daripada semua lapisan masyarakat diusahakan mulai April 2012. Dialog itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 29 April lalu.

Kaji sistem pendidikan – Metro


Kaji sistem pendidikan

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
mhusni@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Kementerian Pelajaran kini menjalankan kajian menyeluruh mengenai sistem pendidikan negara bagi melihat impak dan kesannya kepada pembangunan pendidikan negara secara keseluruhan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kajian mengenainya dijalankan beberapa bulan lalu dan dijangka siap sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Katanya, kajian menyeluruh sistem pendidikan itu dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan negara.

 

“Kita mengambil inisiatif mengkaji semula sistem berkenaan bagi mengetahui di mana kita berjaya dan di mana kelemahan kita.
“Sebaik kajian itu dilaksanakan, kerajaan akan dapat mengenal pasti bidang yang perlu diberi lebih tumpuan,” katanya ketika diminta mengulas masalah kemerosotan minat pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah seperti dipaparkan dalam sebuah akhbar sebelum ini.
Muhyiddin ditemui selepas Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak, di sini, semalam.

 

 

Menurutnya, kajian mengenai jurusan sains dan matematik juga termasuk dalam kajian menyeluruh itu.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, kajian menyeluruh sistem pendidikan negara tidak pernah dilakukan sejak perbentangan laporan pendidikan terdahulu seperti Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

 

“Dalam tempoh 30 tahun sejak laporan itu dibentangkan, tiada kajian menyeluruh dibuat untuk memastikan impak dan kesannya dalam pembangunan pendidikan negara.
“Justeru, beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji setiap aspek dalam sistem pendidikan negara. Kami turut melihat ada kemajuan dicapai dalam beberapa bidang, namun secara keseluruhan masih ada ruang untuk diperbaiki,” katanya.