PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2013
25 February 2013
MAKLUMAN
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2013 |
Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) tahun 2013 adalah pada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.
Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamatwww.moe.gov.my/lp
Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan.
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia