Rogol : Mekanik dihukum jel 12 tahun, lima sebatan – Kosmo


Rogol : Mekanik dihukum jel 12 tahun, lima sebatan

 

28/07/2013 3:48pm

 

KOTA BHARU – Seorang mekanik dihukum penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada awal Februari tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh Mohamad Arman Hairi Mat Hassan, 21 didapati bersalah.

Mohamad Arman Hairi didakwa merogol gadis berusia 16 tahun 5 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Badang, di sini, pada pukul 3 petang, awal Februari tahun lalu. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2aKIvE2IF
Hakcipta terpelihara

Liwat: Buruh dijel 10 tahun, lima sebatan – Utusan


Liwat: Buruh dijel 10 tahun, lima sebatan

KUCHING 3 Dis. – Seorang buruh dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di dalam sebuah tandas awam minggu lalu.

Hakim Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut selepas Salmi Bodul, 22, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Salmi dari Spaoh, Betong didakwa meliwat mangsa di dalam tandas awam bangunan OCBC Khoo Hun Yeang, Jalan Ban Hock di sini pada pukul 3.10 petang, 26 November lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121204/ma_03/Liwat-Buruh-dijel-10-tahun-lima-sebatan#ixzz2E2T5GtzW
© Utusan Melayu (M) Bhd