Calon tunggal – Metro


Calon tunggal

 0  1 Google +1  0  0

Pekan: “Saya yakin boleh lulus, cuma risau subjek Bahasa Cina,” kata Muhammad Hidayat Hafsham Baharim, satu-satunya murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Hwa, Kuala Pahang, di sini, semalam.

Selain Muhammad Hidayat, 12, ada 14 murid lain berbangsa Melayu.
Walaupun menjadi satu-satunya murid menduduki peperiksaan diperhatikan tiga pengawas peperiksaan, Muhammad Hidayat kelihatan tenang sepanjang menjawab soalan peperiksaan.

 

Anak kelima daripada tujuh beradik ini berkata, walaupun di sekolahnya tidak ramai murid, ia bukan penghalang untuk mereka belajar seperti murid di sekolah lain.
“Dulu saya ada kawan ketika tahun satu, tetapi dia berpindah ke sekolah lain apabila kami memasuki tahun empat,” katanya.
Menurutnya, walaupun seorang sepanjang berada di tahun enam dia tetap seronok belajar walaupun sunyi dalam bilik darjah.

 

“Seronok sebab cikgu bagi tumpuan pada saya, sunyi sebab tidak ada kawan,” katanya.
Bapanya, Baharim Hashim, 45, berkata hanya Muhammad Hidayat dihantar belajar ke SJKC Yoke Hwa berbanding enam lagi anaknya.

 

“Dia sebelum ini tinggal dengan neneknya dan sekolah itu kebetulan dekat menyebabkan dia dihantar belajar di sana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/11

Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500 – Sinar Harian


Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500

22 Februari 2012
Cuepacs

PUTRAJAYA – Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu,  Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.

Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

“Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.  Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya.
Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

“Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

“Jika tidak boleh juga… apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Opsyen TESL


Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Opsyen TESL

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI OPSYEN TESL  yang telah lulus temu duga boleh disemak di laman ini  bermula 15 Februari 2012. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Harap Maklum.

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) – SEKTOR MENENGAH


PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) – SEKTOR MENENGAH

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) – SEKTOR MENENGAH  yang telah lulus temu duga boleh disemak di laman web KPM  bermula 10 Februari 2012. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagiansebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Untuk semakan penempatan sila lawat di sini. http://apps.moe.gov.my/gsst/GBFEB2012/index.cfm

Harap Maklum

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)


Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat 
PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)  yang telah lulus temu duga boleh disemak di laman ini  bermula 09 Januari 2012.

Semakan penempatan yang dijangka dibuka pada 09 Januari 2012 ditangguhkan pada 10 Januari 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Harap Maklum